keikhlasan adalah rencah utama

July 21, 2018

Resepi Sotong bakar



Sotong bakar yang lembut, tidak liat dan segar sentiasa menjadi pilihan saya jika makan di restoran yang ada menyediakannya.  Kena pulak bersambal yang enak, mau bertambah di kedai makan. Sesuatu yang jarang dilakukan tetapi kalau sedap memang akan terjadi. Jadi, saya pun mencuba buat sendiri untuk makan di rumah. Memang bertambah-tambah nasi dan kalau tidak mahu ini terjadi jangan masak nasi banyak-banyak.

Moh kite bakor!

Bahan bahan

5 ekor sotong sederhana besar
7 tangkai cili kering
1 sudu teh pes asam jawa
2 sudu teh gula
sedikit garam

Cara cara

Bersihkan sotong. Kelar badan sotong (jangan putuskan). Basuh dan toskan.

Potong cili kering kecil-kecil, basuh dan rebus sehingga mendidih.

Kisar cili kering dengan sedikit air sehingga halus.

Masukkan cili kering kisar ke dalam periuk bersama garam, asam jawa dan gula. ke dalam periuk. Buka api dan biar sehingga mendidih dan agak pekat. Tutup api dan sejukkan.

Letak sotong di atas pemanggang atau tempat bakar. Kuali pun boleh juga tetapi sebaiknya yang tidak melekat. Buka api dan biar sotong kering airnya.

Letakkan cili yang telah dimasak tadi di atas sotong atau gaulkan. Biar seketika sehingga sebati dan cili bertambah pekat.

Tutup api dan hidangkan

Nota:

Enak dimakan bersama nasi puti atau nasi lemak. Sedap juga dimakan dengan air asam utara

Untuk lebih resepi dan informasi, layarilah
atau tontoni youtube
Keikhlasan adalah rencah utama
SHARE:

No comments

Post a Comment

Blogger Template Created by pipdig