keikhlasan adalah rencah utama

April 24, 2019

Resepi ikan siakap stim lemon


Resepi dan cara masak siakap stim lemon siakap stim lemon ini adalah resepi hasil pemerhatian dan juga pengalaman menikmati siakap stim lemon dan juga limau. Ianya mudah dan sedap.

Siakap adalah seekor ikan yang popular dengan pelbagai masakan seperti masak 3 rasa, masam manis, pedas, masak lemak cili api, stim, kari dan sebagainya. Isinya yang putih halus menjadikannya senang menyerap rencah-rencah masakan dan menjadikannya pilihan untuk pelbagai masakan.

Resepi ikan siakap stim lemon ini adalah satu resepi yang sangat menarik, mudah dan sedap. Video ini menunjukkan cara membuat dan memasaknya. Ianya adalah ikan kukus. Cuma beberapa bahan perlu ditambah (ada dihujung video)  untuk melengkapkan resepi ini. Boleh juga menggunakan limau nipis untuk menjadikan masakan ini ala thai. Cubalah!

Moh kite masak!

Untuk video cara memasak, tontonlah video di bawah.


Bahan bahan

1 ekor ikan siakap (seabass)
1 biji lemon
1 biji lobak merah (carrot)
Sedikit bunga  kobis (cauliflower)
Sedikit brokoli (broccoli)
2 inci halia (garlic)
2 batang serai (lemongrass)
5 biji cili api (bird eye chili) -
1 biji bawang besar (onion)
5 ulas bawang putih (garlic)
Sedikit daun ketumbar (parsley)
Garam secukup rasa

Cara cara

Bersihkan ikan.

Hiris lemon bulat bulat.

Potong lobak merah, brokoli dan bunga kobis.

Potong cili api kecil kecil.

Hiris halia dan serai.

Potong/ hiris bawang besar dan bawa putih.

Potong daun ketumbar besar besar.

Untuk mengelakkan ikan melekat di dalam loyang, susun beberapa potong lobak merah sebagai lapik.

Letakkan ikan ke dalam loyang.

Masukkan sebahagian bahan ke dalam perut ikan. (kecuali daun ketumbar dan garam)

Masukkan/ bahan lain ke dalam loyang (kecuali daun ketumbar dan garam).

Perahkan 2 keping lemon ke atas ikan. Selainnya susun ke atas ikan.

Masukkan air di dalam periuk kukus dan masukkan loyang ke dalam periuk kukus. Jika tiada periuk kukus, boleh sahaja buat periuk kukus sendiri.

Buka api dan tutup periuk kukus.

Setelah mendidih, masukkan daun ketumbar dan garam.

Biar seketika untuk sebati dan tutup api.

Nota: 

1) Kalau tidak ada semua bahan, masih boleh buat.
2) Boleh juga ditambah dengan bahan lain mengikut citrasa dan kreativiti masing masing.
3) Kalau ingin lebih pedas tambah cili. Kalau tidak mahu pedas langsung, jangan bubuh cili.
4) Sesuai untuk seisi keluarga.

Untuk lebih resepi dan informasi, layarilah
atau tontoni youtube
Keikhlasan adalah rencah utama
SHARE:

No comments

Post a Comment

Blogger Template Created by pipdig