keikhlasan adalah rencah utama

June 22, 2019

Resepi cekodok pisang


Jemput-jemput atau cekodok adalah makanan berasaskan tepung gandum yan diadun bersama bahan lain. Ia boleh dikatakan sebagai satu makan tradisional melayu. Kemungkinan juga ia juga adalah makanan tradisional di Asia Tenggara. Resepi ini menunjukkan cara-cara untuk membuat jemput-jemput pisang. Resepi ini menggunakan pisang awak kerana ianya yang paling sedap untuk membuat jemput-jemput ini.

Moh kite masak!

Sila tonton video di bawah untuk melihat cara-cara membuatnya.




Bahan-bahan

Sesikat pisang awak
1/2 sudu teh garam
1 cawan tepung gandum

Cara-cara

Buang kulit pisang dan masukkan isinya ke dalam satu bekas/ mangkuk.

Lenyek isi pisang hingga lumat/ halus.

Masukkan garam dan gaul rata.

Masukkan tepung dan gaul rata.

Panaskan minyak dan masukkan seperti doh-doh kecil.

Masak sehingga perang kehitaman dan angkat.

Nota;

1) Jangan tambah air
2) Untuk memudahkan melenyek pisang, gunakan bawah gelas.
3) Bila nak masukkan ke dalam kuali, tarik ke tepi mangkuk. Ianya akan membantu untuk membentuk menjadi bulat.
4) Guna belakang sudip dan gelek pisang di dalam kuali untuk menjadikannya bulat.

Untuk lebih resepi dan informasi, layarilah
atau tontoni youtube
Keikhlasan adalah rencah utama
SHARE:

No comments

Post a Comment

Blogger Template Created by pipdig