Resepi (resep) buttermilk chicken atau ayam buttermilk ini saya olah daripada resepi ayam lemon (yang diberi oleh seorang rakan) dan udang goreng nestum (yang diberi oleh seorang anak buah). Cuma belum berkesempatan mencuba kedua dua resepi.
Ia menggunakan butter (salted) atau mentega yang masin. Sebenarnya bahan utama yamg membuat resepi ini sedap adalah daun kari (Curry leaves). Dinamakan buttermilk kerana ada penggunaan mentega (butter) dan susu (milk). Cuma susu digantikan dengan krimer sejat (condensed creamer).
Moh kite masak!
Sila tonton video di bawah untuk cara memasaknya
Bahan-bahan goreng
1/2 kg ayam
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu teh serbuk jintan putih
3 sudu teh serbuk kunyit
garam secukup rasa3 sudu besar tepung gandum
1 biji telur
Cara-cara goreng
Bersihkan ayam. Masukkan ke dalam bekas.
Masukkan lada hitam, serbuk jintan, serbuk kunyit dan garam. Gaul rata.
Masukkan tepung gandum dan pecahkan telur. Gaul rata.
Goreng ayam sehingga garing. Angkat dan toskan.
Bahan-bahan lain
2 sudu besar mentega (butter - salted)
2 tangkai daun kari
1 biji bawang besar holland
5 biji cili api
1/2 tin krimer/ susu sejat
1 sudu teh tepung jagung
Cara cara
Hiris cili api kecil-kecil.
Hiris bawang besar nipis-nipis.
Panaskan minyak di dalam kuali/ periuk.
Cairkan mentega.
Setelah mentega cair masukkan daun kari (tangkainya dibuang). Goreng sehingga agak layu.
Masukkan cili api dan bawang besar. Masak sehijngga agak layu.
Masukkan krimer/ susu sejat. Biarkan sehingga mendidih dan masukkan tepung jagung yang dibancuh dengan sedikit air.
Masukkan ayam dan gaul rata. Biarkan seketika dan tutup api.
Hidangkan.
Untuk lebih resepi dan informasi, layarilah
atau tontoni youtube
Keikhlasan adalah rencah utama
No comments
Post a Comment