keikhlasan adalah rencah utama

June 26, 2019

Resepi kuih Lepat Pisang




























LLepat pisang adalah salah satu kuih (kue) muih tradisional melayu. Salah satu pisang yang sedap dibuat lepat adalah pisang awak. Cara membuatnya sama seperti cekodok atau jemput-jemput pisang. Cuma, bezanya ia dibungkus dengan daun pisang dan dikukus.

Ianya sedap dibuat kudapan seisi keluarga. Rasanya yang manis pasti juga digemari oleh anak-anak kecil. Bau daun pisang itu juga pasti memikat. Sebab itulah ia banyak digunakan dalam masakan dan juga untuk membungkus nasi lemak dan sebagainya. Kuih juga dikenali sebagai penganan dan sesuai dibuat kudap atau kudapan.

Moh kite buat!

Untuk melihat cara-cara menyediakan dan memasaknya, tontonilah video di bawah.



Bahan-bahan

1 sikat pisang awak
1/2 sudu teh garam
1 cawan tepung gandum
sedikit kelapa parut putih (jika mahu inti)

Cara-cara

Asingkan kulit pisang dan masukkan isi ke dalam bekas.

Lenyek pisang sehingga lumat/ halus.

Masukkan garam dan tepung. Gaul sehingga rata dan sebati.

Layur daun pisang menggunakan api.

Potong daun pisang kepada bahagian-bahagian untuk membungkus lepat.

Letakkan pisang yang telah diadun ke dalam daun dan bungkus.

Jika mahu inti, letakkan inti sebelum membungkus.

Kukus dengan menggunakan pengukus sehingga daun pisang menjadi kuning atau hijau keemasan.

Tutup api dan nikmatilah.

Nota:

1) Cara mengenali pisang awak adalah dihujung buahnya terbonjol sedikit.
2) Daun pisang perlu dilayur dengan mengenakan api ke bahagian atasnya. Ini akan membantu agar daun pisang tidak mudah putus atau pecah.
3) Pisang boleh dilenyek dengan menggunakan gelas yang tebal dan keras di bahagian bawahnya. Boleh juga menggunakan food processor jika ada.

Untuk lebih resepi dan informasi, layarilah
atau tontoni youtube
Keikhlasan adalah rencah utama
SHARE:

No comments

Post a Comment

Blogger Template Created by pipdig