Ayam masak merah kenduri kacang hijau memang sedap tak terkata. Kenduri-kendara seolah-olah tidak cukup lengkap tanpa ayam masak merah. Cuma, ia semakin sukar ditemui ketika ini walaupun pada masa kenduri. Mungkin kerana harga barang barang yang semakin meningkat.
Ayam masak merah sedap dimakan dengan nasi tomato. Walau bagaimanapun, ia tetap sedap dinikmati bersama nasi putih mahupun roti.
Moh kite masak!
1/2 ekor ayam
6 biji tomato
10 tangkai cili kering
3 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
1 tin kecil kacang peas(hijau)
Santan pekat 1 biji kelapa
1 inci halia
1 kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
7 kuntum bunga cengkih
7 biji buah pelaga
Sedikit serbuk kunyit
Sedikit garam dan gula
Minyak masak
Cara-cara
Kisar bawang merah, bawah putih dan halia.
Kisar 5 biji tomato. 1 biji dihiris atau dipotong kasar.
Potong cili kering pendek-pendek dan rebus sehingga mendidih. Kisar sehingga halus.
Gaulkan ayam dengan serbuk kunyit dan garam. Goreng sehingga masak. Tidak perlu terlalu garing ataupun garing. Cukup sekadar masak isinya. Angkat dan toskan.
Panaskan minyak dan tumis kisaran bawang merah, bawang putih dan halia sehingga kekuningan.
Masukkan buah pelaga, bunga cengkih, kayu manis dan bunga lawang. Tumis sehingga naik bau wangi.
Masukkan cili yang telah dikisar dan tumis sehingga naik minyak.
Masukkan tomato yang telah dikisar. Kacau sehingga mendidih.
Masukkan santan dan kacau sehingga mendidih.
Masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan gaul rata. Biarkan seketika.
Masukkan kacang peas (hijau) dengan airnya sekali. Kacau rata.
Masukkan garam dan gula. Kacau sekali sekala sehingga kuah menjadi pekat.
Masukkan hirisan tomato dan kacau sehingga kuah menjadi lebih pekat.
Tutup api dan hidangkan.
Nikmatilah!
Nota:
Jangan kisar bunga lawang dan masukkan ke dalam masakan, kerana bijinya boleh mengakibatkan sakit perut. Mungkin lepas balik kenduri sakit perut beramai-ramai adalah disebabkan oleh ini. Tidak dinafikan juga sebab-sebab lain.
banyak juga resepi yang divideokan dalam channel youtube 'moh kite'.
www.mohkite.com
keihlasan adalah rencah utama
keihlasan adalah rencah utama
No comments
Post a Comment