keikhlasan adalah rencah utama

June 15, 2020

Resepi ayam bakar air fryer


Resepi ayam bakar air fryer yang mudah dan sedap. Bahan perapan boleh menjadi sos ayam pula. Jadi tiada pembaziran hanya kesedapan. Moh kite cuba! Bahan-bahan 1 ekor ayam (bahagian tulang sahaja) 2 tangkai daun kari 1 biji limau nipis 5 biji cili api 3 biji cili merah 2 sudu serbuk kari 3 sudu tepung jagung 1 sudu teh garam 2 sudu gula Sedikit pewarna merah 3 ulas bawang putih 2 inci halia

Cara-cara

Bersihkan ayam, toskan dan masukkan ke dalam mangkuk.

Masukkan daun kari, cili api, cili merah, serbuk kari, garam, gula, halia, bawang putih, pewarna merah dan sedikit air ke dalam pengisar.

Perahkan limau nipis.

Kisar halus ke semuanya.

Tuang ke dalam mangkuk ayam dan gaul rata.

Perap sekurang-kurangnya 2 jam.

Gunakan penyepit dan ambil ayam sahaja dan alihkan ke dalam bekas lain. Lebihan perapan jangan dibuang. Ia akan digunakan untuk sos ayam.

Gaul ayam dengan tepung jagung.

Gunakan aluminium foil dan letak ke dalam bekas airfryer. Lubang-lubangkan.

Letak ayam ke atas aluminium foil dan masukkan ke dalam air fryer.

Bakar pada suhu 180C selama 25 minit.

Sementara menunggu, masukkan lebihan gaulan tepung jagung ke dalam mangkuk lebihan perapan. kacau rata dan masukkan ke dalam periuk. Masak sehingga pekat. Ini adalah sos untuk ayam nanti.

Setelah timer air fryer terhenti, buka dan keluarkan ayam. Jika ayam masih belum masak, masukkan semula dan pusing timer selama 3-5 minit dan begitulah seterusnya. Ini bergantung kepada kondisi dan keupayaan air fryer masing-masing.

Letakkan ayam ke dalam piring dan sapukan/ tuang sos yang telah disediakan tadi.

Nikmatilah.

Untuk lebih resepi dan informasi, layarilah
atau tontoni youtube
Keikhlasan adalah rencah utama
SHARE:

No comments

Post a Comment

Blogger Template Created by pipdig