keikhlasan adalah rencah utama

June 07, 2020

Resepi nasi goreng tomyam daging




 

Tom yam ataupun tom yum adalah salah satu makanan yang berasal daripada Thailand. Thailand juga dikenali sebagai Siam. Jadi tidak hairanlah jika di Malaysia banyak kedai makan terutamanya di waktu malam dipanggil sebagai kedai tomyam ataupun kedai siam. Malah kebanyakan tukang masaknya adalah orang siam. 

Tomyam adalah masakan yang biasanya pedas dan masam. Ianya dimasak menggunakan pelbagai jenis bahan bersama lauk dan sayuran. Ia boleh dimasak dengan makanan laut seperti udang, ikan, sotong, ketam, lala, kepah dan sebagainya. Jadilah tomyam seafood atau tomyam pok tek. Tomyam kung pula adalah tomyam udang. Boleh juga juga dimasak menggunakan ayam, jadilah tomyam ayam. Guna daging, jadilah tomyam daging. Campur segala bahan, jadilah tomyam campur. Kuah tomyam pula ada yang kuah merah dan kuah putih. 
 
Boleh juga menjadikan nasi goreng sebagai nasi goreng tomyam. Tomyam memang sedap terutamanya ketika tengah panas. Dah namanya tomyam, kenalah pedas dan masam, barulah kaww. Nasi goreng tomyam pun kenalah pedas dan masam. Walaupun jarang orang buat atau order di kedai, ianya tetap sedap. Moh kite cuba!

 
Bahan-bahan 2 cawan beras 250g daging 3 ulas bawang putih 1 biji bawang merah 3 sudu pes tomyam 5 biji cili api 5 helai daun limau purut sedikit daun ketumbar 3 batang serai garam secukup rasa
minyak  masak

 

Cara-cara

Masak beras sehingga menjadi nasi. Seeloknya biar kurang sedikit air agar nasi menjadi sedikit keras.

Potong daging nipis-nipis atau kecil-kecil dan basuh.

Hiris bawang putih.

Hiris bawang besar.

Kisar kasar daun limau purut.

Potong daun ketumbar pendek-pendek.

Potong cili api pendek-pendek.

Hiris nipis atau cincang serai.

Panaskan minyak di dalam kuali.

Tumis bawang putih sehingga sedikit layu.

Masukkan pes tomyam dan kacau.

Masukkan serai dan kacau.

Masukkan daging dan masak sehingga daging masak/ lembut.

Masukkan daun ketumbar dan daun limau purut. Kacau rata.

Masukkan garam dan kacau rata.

Perlahankan api dan masukkan nasi. Masukkan cili api. Gaul rata.
 
Kuatkan semula api dan goreng sehingga kering sedikit.

Tutup api dan hidangkan.

Nota:

1. boleh tambah bunga kantan kalau nak lagi sedap.
2. boleh tukar ayam tambah lauk lain seperti ayam, udang, sotong dan sebagainya.

Untuk lebih resepi dan informasi, layarilah
atau tontoni youtube
Keikhlasan adalah rencah utama
 
 
SHARE:

No comments

Post a Comment

Blogger Template Created by pipdig