Makanan: Menu utama adalah yang berasaskan kambing. Ada kambing bakar, sup kambing, tortilla kambing nasi goreng kambing dan lain lain. Ada juga spaghetti carbonara, mee bandung Muar, kentang goreng, cendawan goreng, ayam penyet dan sebagainya.
Minuman: Selain minuman biasa juga minuman yang agak berlainan dari kebiasaan seperti air jagung float, manggo 'pio' dan dragon fruit 'pio'.
Komen: Komen adalah berdasarkan apa yang telah dimakan dan diminum serta mengikut citarasa saya.
Air manggo 'pio' sedap kerana terasa serat serat mangga ketika menyedutnya di tambah pula dengan mangga yang dipotong kecil kecil diletak bersama. Air jagung float juga sedap tetapi kurang sejuk. Jika lebih sejuk pastinya lebih mantap.
Lamb Grill Yagi'Kusyhiyaki. Ia adalah hidangan kambing bakar dengan lebih daging kambing bersama kentang goreng cheese, kacang panggang, broccoli, sos lada hitam dan juga sambal kicap. Kambing bakar memang sedap. Antara yang terbaik perapannya sehinggakan jika tidak ada sos lada hitam dan sambal kicap pun tidak mengapa. Sos lada hitamnya pun sedap cuma saya agak janggal dengan sambal kicap untuk makanan ala barat (western).
Spaghetti Carbonara Seafood. Rasanya agak sedap. Cuma, tambahan telur (atau mungkin telur putih sahaja) menjadikan rasa carbonara itu kurang menonjol. Selainnya, memuaskan.
Saya merasakan perlu kembali lagi ke restoran ini untuk mencuba hidangan hidangan lain pula.
Daging kambing perapan juga ada dijual atau boleh didapati daripada stokis stokis yang disenaraikan.
No comments
Post a Comment