keikhlasan adalah rencah utama

June 04, 2018

Resepi kurma kambing






Daging kambing semakin popular di Malaysia. Dahulu, ramai yang takut hendak memakaannya kerana pelbagai bentuk persepsi seperti daging kambing panas, takut darah naik, berbau dan banyak lagi. Kini, boleh dikatakan daging kambing mudah didapati di restoran-restoran dan kedai-kedai makan dalam pelbagai jenis bentuk masakan. Dahulu, kalau hendak makan daging kambing perlu ke kedai mamak sahaja. Kini, ianya tidak lagi terhad kepada kedai mamak.

Moh kite masak!



Bahan bahan

1/2 kg daging kambing
1.5 paket serbuk kurma
3 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
1 inci halia
3 kuntum bunga lawang
1 kulit kayu manis
1/4 kobis
santan pekat 1 biji kelapa
garam secukup rasa
minyak zaitun/ minyak masak
3 cawan air

Cara cara

Bersihkan daging kambing. Potong sederhana besar.

Hiris bwang putih dan bawang merah nipis-nipis.

Potong halia kecil melidi.

Bancuh serbuk kurma dengan sedikit air dan campurkan bersama bunga lawang, kulit kayu manis dan halia.

Potong bawang besar dari atas tetapi tidak putus ke bawah agar berbentuk bunga.

Bancuh santan pekat dengan 3 cawan air.

Ambil daun kobis di bahagian yang lembut sahaja dan basuh.

Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan bawang merah sehingga naik bau.

Masukkan rempah kurma yang telah dibancuh tadi. Tunggu sehingga pekat/ naik minyak.

Masukkan santan, daging kambing dan bawang besar.

Kacau rata dan tutup kuali/ periuk. Biar sehiingga daging lembut/ empuk. Buka sekali-sekala untuk mengacau.

Masukkan kobis dan garam. Kacau rata. Biarkan sehingga kobis layu dan kuah menjadi pekat.

Tutup api dan hidangkan.


Untuk lebih resepi dan informasi, layarilah
atau tontoni youtube
Keikhlasan adalah rencah utama

SHARE:

No comments

Post a Comment

Blogger Template Created by pipdig