keikhlasan adalah rencah utama

January 15, 2020

Resepi mee goreng ala mamak



Resepi dan cara memasak mee goreng ala mamak kuch kuch hota hai. Kuch kuch hota hai bermaksud something something is happening seperti yang diberitahu oleh seorang rakan Hindi, Saurabh Pandey. Atau dalam bahasa melayunya “sesuatu sedang berlaku”.

Moh kite masak!
Bahan-bahan
Mee kuning
3 sudu kicap mer
3 sudu sos cili
1 sudu cili boh
1 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
Sedikit isi ayam
Sedikit serbuk kunyit
Sedikit garam
Sedikit minyak masak
2 biji telur
Cara-cara


Basuh tangan bersih-bersih. Ambil wudhu’ lagi bagus

Celur mee kuning untuk membuang minyak dan bawan pengawetnya.
Garamkan dan kunyitkan isi ayam.
Panaskan mintak di dalam kuali.
Genggam sedikit air dan renjis atau buang ke dalam minyak panas untuk membuang bau minyak. Katanya makanan akan lebih sedap kalau buat macam ini.
Tumis bawang merah dan bawang putih sehingga kuning layu.
Masukkan cili boh dan tumis sehingga cili masak.
Masukkan ayam dan goreng hingga ayam masak.
Masukkan kicap mee dan sos cili. Masak sehingga sebati.
Masukkan mee yang telah dicelur tadi dan kacau rata.
Lubangkan atau kosongkan tengah kuali dan pecahkan 2 biji telur.
Kacau telur sampai pecah kecil dan kering. Kemudian baru gaul dengan mee.
Masukkan daun kucai dan hirisan cili merah.
Kacau rata kesemuanya sehingga agak kering.
Tutup api dan hidangkan.
Nota:

Boleh tambah tauhu dan cucur goreng.
Boleh juga diperah limau bagi yang suka.
Boleh juga tambah sos semasa hidang.
Nak pedas lebih, guna lebih cili boh atau potong cili padi dan masukkan ke dalam mee.



Untuk lebih resepi dan informasi, layarilah
atau tontoni youtube
Keikhlasan adalah rencah utama
SHARE:

No comments

Post a Comment

Blogger Template Created by pipdig