keikhlasan adalah rencah utama

January 14, 2020

Resepi kuih ketayap atau kuih gulung



Ketayap atau kuih gulung adalah salah satu kuih tradisional melayu yang amat mudah disediakan dan menggunakan bahan-bahan yang mudah didapati. Ianya sesuai dinikmati sebagai sarapan atau minum petang.

Moh kite cuba!
Berikut adalah resepi kuih ini. Bahan-bahan inti
1 cawan gula
1/2 biji kelapa parut
1/2 sudu teh tepung gandum
Bahan-bahan kulit
1 cawan tepung gandum
1 biji telur
5 helai daun pandan
1/2 sudu teh garam
Sedikit air


Cara-cara Inti

Sangai gula di dalam kuali sehingga cair keperangan.
Masukkan kelapa parut dan gaul rata.
Masukkan 1/2 sudu teh tepung gandum dan gaul rata.
Tutup api dan angkat.
Siap!

Cara cara Kulit

Basuh dan tumbuk halus daun pandan dengan lesung.
Masukkan air dan kacau rata.
Masukkan 1 cawan tepung gandum ke dalam mangkuk.
Tapis air daun pandan ke dalam mangkuk tepung. Kacau rata dan pastikan agak cair dan mengalir. Jika masih likat atau pekat, tambah air daun pandan.
Pecahkan hujung telur dan ambil putihnya sahaja. Putih telur adalah yang berwarna lutsinar ketika belum dimasak.
Masukkan putih telur dan 1/2 sudu teh garam ke dalam mangkuk tepung. Kacau atau pukul rata.
Panaskan kuali tidak melekat atau non stick pan.
Gunakan senduk dan tuang bancuhan ke atas non stick pan. Gunakan belakang senduk untuk meratakannya.
Setelah semua bancuhan di atas non stick pan kering, angkat dengan berhati-hati agar kepingan kulit ketayap tidak pecah.
Ulang proses sehingga bancuhan habis.

Cara-cara

Letak inti ke atas sekeping kulit ketayap dan gulung.
Ulangi proses sehingga habis kesemuanya.

Nota:

Jangan sangai gula terlalu lama atau sehingga menjadi gelap. Jika sudah mula gelap, ia akan pahit.

Untuk lebih resepi dan informasi, layarilah
atau tontoni youtube
Keikhlasan adalah rencah utama
SHARE:

No comments

Post a Comment

Blogger Template Created by pipdig