Patin tempoyak musim durian | tempoyak musing king ke?
Durian ada pelbagai jenis. Durian kampung, D24, IOI, udang merah, musang king, duri hitam dan tekka adalah antara yang paling popular di Malaysia. Antara tempat yang terkenal dengan durian adalah Balik Pulau, Batu Kurau, Kuala Kangsar, Raub, Bentong dn Jelebu. Kadang-kadang ada juga durian dari Siam ataupun Thailand. Made in Thailand manis dan manja. Hahaha
Harga durian bergantung juga kepada jenis durian selain daripada penjual durian. Ada durian yang boleh mencecah ratusan ringgit walaupun hanya sebiji. Contohnya duri hitan atau black thorn. Sampai adalah yang mengatakan harga yahudi dan sebagainya. Sebenarnya muamalat ni ada akad. Jadi kalau tak nak beli tak perlu beli dan tak perlu menjatuhkan perniagaan orang sebegitu.
Dah durian mahal sampai ke hati nak jadikan tenpoyak? Musang king dan tekka ataupun duri hitam. Sanggup ke jadikan tempoyak sahaja? Nama macam gah. Tempoyak musang king. Tempoyak tekka. Tapi takde lagi kot di pasaran sebab biasa kalau dah masam orang campur je. Tapi menarik jugak nak tengok harganya berapa bila dah jadi tempoyak.
Musim durian ni tempoyak banyak. Baru pulak tu. moh kite masak patin tempoyak. Nak sedap kena la patin sungai. Tak kira la sungai mana. Sungai Pahang ke Sungai Perak ke Sungai Amazon ke. Jangan patin kolam, sebab bau tanah kuat. Tapi kalau dah takde sanga, balun aje lah. Resepi patin tempoyak simple je. Yang penting sedap. Yang penting dapat la makan macam patin tempoyak yang femes macam kat Temerloh atau kat Jaman Tory ke atau pun kat Akob Patin. Di Selangor boleh cari dan cuba restoran Temerloh Catering, Patin Pahang dan Sambal Hijau.
Bahan-bahan
Beberapa potong ikan patin
1 mangkuk tempoyak
3 batang serai
1 inci kunyit hidup
10 biji cili api
Sedikit daun kesum
Garam secukup rasa
Air
Bunga kantan (jika mahu/ ada)
Cara-cara
Bersihkan ikan patin.
Ketuk serai.
Tumbuk halus cili api dengan sedikit garam.
Tumbuk juga kunyit hidup.
Tuang air ke dalam periuk.
Masukkan serai, cili api dan kunyit.
Masukkan tempoyak. Sebaiknya ramas tempoyak itu tetapi jika tidak mahu, boleh la au menggunakan senduk.
Masak sehingga mendidih, masukkan daun kesom dan garam.
Masukkan ikan patin:
Masak sehingga ikan masak dan lembut.
Tutup api dan hidangkan.
#patintempoyak
#musangking
#durihitam
No comments
Post a Comment