Nasi arab mandy kambing
Bahan-bahan
1kg beras basmathi
1kg daging kambing
3 sudu minyak sapi
5 kuntum bunga lawang
11 biji buah pelaga
1 sudu serbuk kunyit
1 biji bawang besar
2 inci halia
2 sudu gula
Garam secukup rasa
3 helai daun salam (bay leaves)
1 pokok daun ketumbar (basil)
1 pokok daun pudina (mint)
Sedikit lada hitam berperisa
Bahan-bahan kisar
11 kuntum bunga cengkih
1 kulit kayu manis (2 inci)
1 sudu biji ketumbar
1 sudu jintan manis
Bahan-bahan sos
3 biji cili merah
3 biji cili hijau
5 biji cili api
Sedikit daun ketumbar
1 biji lemon
1 biji bawang putih
Garam secukup rasa
Bahan-bahan sayur
1 biji timun
2 biji tomato
1 hirisan limau nipis
Sedikit garam
1 biji cili hijau
Cara-cara
Sukat beras menggunakan cawan. Jumlah sukatan cawan yang sama akan digunakan untuk memasak nasi nanti.
Rendam beras basmathi selama 2 jam atau selama memasak daging kambing (bukan mengunakan pressure cooker).
Kisar halus semua bahan kisar.
Potong daun pudina dan daun ketumbar pendek-pendek.
Hiris halia nipis-nipis.
Panaskan kuali dan cairkan minyak sapi.
Tumis bunga lawang dan buah pelaga.
Masukkan bahan kisar dan tumis. Jika terlalu pekat masukkan air.
Masukkan daun salam dan halia. Kacau rata.
Masukkan daging kambing. Kacau rata
dan biarkan sebati dengan rempah seketika.
Masukkan bawang besar, daun pudina dan daun ketumbar. Tinggalkan sedikit daun ketumbar dan pudina untuk nasi nanti. Kacau rata dan masukkan 1/2 liter air.
Masak sehingga daging kambing lembut. Setiap kali kuah semakin sedikit tambah air sehingga daging lembut atau empuk.
Setelah daging lembut masukkan garam dan gula. Masukkan atau sprinkle lada hitam beperisa. Kacau sebati. Pastikan air kuah mencukupi untuk memasak nasi. Jika kurang, tambah air dan masak sehingga sebati.
Basuh beras dan toskan.
Sukat kuah menggunakan cawan yang sama mengikut sukatan beras. Jika beras 5 cawan, kuah pun 5 cawan. Lebihkan sedikit sahaja kira kira tak sampai suku cawan.
Masukkan kuah ke dalam periuk nasi elektrik. Masukkan beras dan juga daging kambing. Masukkan juga lebihan daun ketumbar dan daun pudina. Masak sehingga kering.
Cara-cara buat sos
Kisar cili merah, cili api, cili hijau, tomato, daun ketumbar dan bawang putih. Sebaiknya gunakan food processor.
Perah lemon dan masukkan garam secukup rasa.
Kisar semula sehingga sebati.
Cara-cara sediakan sayur
Potong timun dan tomato kecil-kecil
Perah sedikit hirisan limau.
Masukkan sedikit garam dan gaul rata.
Cili hijau dipotong pendek-pendek untuk dikunyah ketika makan nasi.
No comments
Post a Comment