Taugeh adalah salah satu jenis sayur-sayuran yang asalnya adalah kacang. Biasanya ada 2 jenis taugeh dan dinamakan taugeh kecil/ halus dan taugeh besar/ kasar. Taugeh kecil berasal daripada kacang hijau atau kacang hitam manakala taugeh besar berasal daripada kacang tanah. Taugeh dalam bahasa Inggeris dikenali dengan nama bean sprout yang bermaksud kacang yang mengeluarkan pucuk dan akar. Kualiti dan saiz kacang memberi impak kepada saiz taugeh.
Satu ketika dahulu ada satu rancangan televisyen TV ataupun drama yang memaparkan satu adegan yang mengatakan "makan taugeh ni banyak-banyak, banyak zat ni". Sememangnya taugeh ada pelbagai zat dan khasiatnya tersendiri.
Antara masakan taugeh adalah kerabu taugeh. Masaklah dengan perut lembu atau kerang. Pasti sedap! Ia juga boleh dimasak air dan digoreng. Ia juga sesuai dimakan dengan mi goreng, kuey teow, bihun goreng, gado-gado dan sebagainya.
Moh kite masak taugeh goreng kicap dengan daun kucai. Resepi ini mudah dan sedap. Paling best kalau dapat makan dengan sambal belacan.
Bahan-bahan
400g taugeh kecil
3 ulas bawang putih
3 biji bawang merah
5 pokok daun kucai
2 batang kek ikan (fish cake)
1 cawan air
2 sudu kicap
1 biji cili merah
Cara-cara
Bersihkan dan toskan taugeh.
Hiris bawang merah, bawang putih dan cili merah nipis-nipis.
Potong daun kucai pendek pendek.
Potong fish cake pendek-pendek dan hiris nipis-nipis.
Panaskan sedikit minyak masak dan tumis bawang putih dan bawang merah. Tumis sehingga sedikit layu.
Masukkan kek ikan dan masak sehingga sedikit garing.
Masukkan taugeh dan daun kucai.
Masak seketika sebelum masukkan kicap dan air. Sukatan air bergantung kepada berapa banyak kuah yang kita mahukan.
Biarkan sehingga mendidih dan masukkan cili merah.
Jika menggunakan kicap yang masin. tidak perlu tambah garam.
Jika kurang masin, masukkan garam sekup rasa.
Nota:
Sedap dimakan bersama sambal belacan.
No comments
Post a Comment