keikhlasan adalah rencah utama

July 15, 2021

Resepi Ayam Tandoori Chicken

 


Tandoori chicken atau ayam tandoori memang salah satu makanan yang mantap. Tambahan pula masa kena duduk di rumah, pastinya ia dirindui. Dengan risiko keluar rumah dan kos yang tinggi jika membelinya di kedai mamak, lebih baik buat sendiri. Puas hati dan boleh makan lebih banyak lagi.

Biasanya ayam tandoori ini ada pasangannya iaitu roti nan. Yang paling serasi adalah cheese nan! Begitupun ia tetap enak dimakan begitu saja atau bersama-sama nasi. Cubalah makan dengan nasi beriani atau nasik bukhara atau nasi minyak.  Pasti terangkat!

Cara membuatnya atau memasaknya tidaklah sukar cuma ia mengambil masa untuk perap yang agak lama. Jadi jika hendak makan pada waktu tertentu, pastikan perap lebih awal. Lagi lama perapan lagi sedap. Jadi bolehlah lupakan kedai mamak. Cuma mungkin anda akan kehilangan rasa air tangan mamak!

Moh kite buat tandoori chicken!

Bahan-bahan

2 ketul ayam (bahagian drumstic & thigh)

2 sudu minyak masak

2 sudu cili kisar

 5 ulas bawang putih

1 inci halia

1/2 cawan yogurt asli

2 biji bawang besar

1 sudu teh jintan manis

1 sudu teh ketumbar

1/2 cawan yogurt

1 sudu teh serbuk kunyit 

1/2 biji lemon

1 sudu teh garam

Sedikit pewarna merah



Cara-cara


Kelar ayam supaya mudah perapan menyerap dan rata pembakaran.


Kisar jintan manis dan ketumbar.


Kisar halia, bawang putih dan bawang besar.


Masukkkan kesemua bahan ke dalam satu bekas. Gaul rata.


Perap sekurang-kurangnya 2 jam.


Bakar dengan air fryer dengan suhu 180C selama 20-30 minit. Bergantung pada keupayaan air fryer masing-masing. Sebaiknya bakar selama 20 minit dahulu. Jika belum masak, tambah masa 5-10 minit.

Jika bahagian atas sahaja yang masak, sebaiknya alihkan bahagian bawah menjadi atas pula.


Boleh juga menggunakan ketuhar oven atau cara bakaran lain.


Boleh hidangkan bersama perahan limau nipis atau lemon. Sedap jika dapat dimakan dengan cheese nan!



SHARE:

No comments

Post a Comment

Blogger Template Created by pipdig