keikhlasan adalah rencah utama

February 19, 2020

Resepi bubur cha cha




Moh kite cuba resepi dan cara-cara memasak bubur cha cha. Ianya satu resepi (resep) yang mudah. Cuma perlu bersabar sedikit ketika menunggu cha cha menjadi kembang dan lembut.

Bahan-bahan
200g bubur cha cha (kurang atu lebih sedikit tak mengapa)
2 cawan santan pekat (atau 2 kotak 200g)
1 cawan gula
1/2 sudu teh garam
2 helai daun pandan
Sedikit sagu
2 liter atau 1 jug besar air
Cara-cara
Masukkan cha cha dan sagu ke dalam penapis.

Basuh atau lalukan air bersih.
Masukkan ke dalam periuk.

Masukkan air ke semuanya ke dalam periuk.
Simpulkan daun pandan agar menjadi pendek dan senang diletak di dalam periuk. Masukkan ke dalam periuk.
Buka api dengan agak besar agar cepat mendidih dan cha cha menjadi kembang.
Kacau selalu agar tidak melekat di dasar periuk.
Jika meruap, perlahankan api.
Bila cha cha sudah kembang dan menjadi agak lembut serta sagu sudah bertukar daripada putih menjadi lutsinar semuanya, masukkan santan, gula dan garam.
Kacau rata dan masak kuah sehingga menjadi pekat, cha cha pun menjadi lembut.
Tutup api dan hidangkanlah.
Nota:
Daun pandan akan memberikan bau yang wangi.
Kuah mungkin akan berubah waran mengikut warna pewarna cha cha yang telah mengembang.
Bubur ini sesuai untuk minum petang bersama kopi atau teh panas. Kena pulak masa hujan. Memang best.
Untuk lebih resepi dan informasi, layarilah
atau tontoni youtube
Keikhlasan adalah rencah utama
SHARE:

January 27, 2020

Resepi Kerabu Salom

Resepi Kerabu Salom
Resepi (resep) kerabu salom daripada channel Moh Kite yang sedap dan mudah. Bahan-bahan mentahnya juga senang didapati. Ia boleh dikatakan...
SHARE:

January 27, 2020

Resepi ayam masak kicap

Resepi ayam masak kicap
Resepi dan cara masak ayam masak kicap yang sedap dan mudah. Moh kite cuba! Bahan-bahan 1 ekor ayam 3 biji toma...
SHARE:

January 15, 2020

Resepi mee goreng ala mamak

Resepi mee goreng ala mamak
R esepi dan cara memasak mee goreng ala mamak kuch kuch hota hai. Kuch kuch hota hai bermaksud something something is happening seperti ya...
SHARE:

January 14, 2020

Ngaku chips | Arrowhead chips | CNY Chips

Ngaku chips | Arrowhead chips | CNY Chips
Resepi atau cara membuat kerepek ubi arrow head atau ngaku Ubi ini ada musim tertentu sahaja kewujudannya. Berasal daripada negeri China...
SHARE:

January 14, 2020

Resepi kuih ketayap atau kuih gulung

Resepi kuih ketayap atau kuih gulung
Ketayap atau kuih gulung adalah salah satu kuih tradisional melayu yang amat mudah disediakan dan menggunakan bahan-bahan yang mudah didap...
SHARE:

November 28, 2019

Resepi kuih lapis sukatan cawan

Resepi kuih lapis sukatan cawan
Resepi kuih lapis pelbagai warna ini adalah rekaan ataupun kreativiti semata-mata. Ia adalah resepi menggunakan bahan asal kuih lapis. Cum...
SHARE:

November 25, 2019

Resepi Kuih Donut

Resepi Kuih Donut
Resepi atau resep donut atau pun doughnut ataupun donat. Moh kite buat! Bahan-bahan 500g tepung 1 sudu minyak masak ...
SHARE:

November 09, 2019

Resepi ayam buttermilk | with mozarella cheese

Resepi ayam buttermilk | with mozarella cheese
moh kite masak ayam buttermilk with cheese (dengan keju). Resepi ini boleh dimantapkan lagi dengan menambah daun kari serta cili api bag...
SHARE:

November 08, 2019

Resepi Kek Pandan atau Kek Santan

Resepi Kek Pandan atau Kek Santan
Moh kite buat resepi kek pandan atau nama yang selalu emak aku sebut adalah kek santan, Ya ianya adalah resepi daripada mak aku sendiri y...
SHARE:

November 01, 2019

Resepi ayam masak merah kenduri

Resepi ayam masak merah kenduri
// Bahasa Melayu or Malay Resepi ayam masak merah. Ayam masak merah kenduri kacang hijau memang sedap tak terkata. Kenduri-kendar...
SHARE:
Blogger Template Created by pipdig