keikhlasan adalah rencah utama

April 24, 2019

Resepi ikan siakap stim lemon


Resepi dan cara masak siakap stim lemon siakap stim lemon ini adalah resepi hasil pemerhatian dan juga pengalaman menikmati siakap stim lemon dan juga limau. Ianya mudah dan sedap.

Siakap adalah seekor ikan yang popular dengan pelbagai masakan seperti masak 3 rasa, masam manis, pedas, masak lemak cili api, stim, kari dan sebagainya. Isinya yang putih halus menjadikannya senang menyerap rencah-rencah masakan dan menjadikannya pilihan untuk pelbagai masakan.

Resepi ikan siakap stim lemon ini adalah satu resepi yang sangat menarik, mudah dan sedap. Video ini menunjukkan cara membuat dan memasaknya. Ianya adalah ikan kukus. Cuma beberapa bahan perlu ditambah (ada dihujung video)  untuk melengkapkan resepi ini. Boleh juga menggunakan limau nipis untuk menjadikan masakan ini ala thai. Cubalah!

Moh kite masak!

Untuk video cara memasak, tontonlah video di bawah.


Bahan bahan

1 ekor ikan siakap (seabass)
1 biji lemon
1 biji lobak merah (carrot)
Sedikit bunga  kobis (cauliflower)
Sedikit brokoli (broccoli)
2 inci halia (garlic)
2 batang serai (lemongrass)
5 biji cili api (bird eye chili) -
1 biji bawang besar (onion)
5 ulas bawang putih (garlic)
Sedikit daun ketumbar (parsley)
Garam secukup rasa

Cara cara

Bersihkan ikan.

Hiris lemon bulat bulat.

Potong lobak merah, brokoli dan bunga kobis.

Potong cili api kecil kecil.

Hiris halia dan serai.

Potong/ hiris bawang besar dan bawa putih.

Potong daun ketumbar besar besar.

Untuk mengelakkan ikan melekat di dalam loyang, susun beberapa potong lobak merah sebagai lapik.

Letakkan ikan ke dalam loyang.

Masukkan sebahagian bahan ke dalam perut ikan. (kecuali daun ketumbar dan garam)

Masukkan/ bahan lain ke dalam loyang (kecuali daun ketumbar dan garam).

Perahkan 2 keping lemon ke atas ikan. Selainnya susun ke atas ikan.

Masukkan air di dalam periuk kukus dan masukkan loyang ke dalam periuk kukus. Jika tiada periuk kukus, boleh sahaja buat periuk kukus sendiri.

Buka api dan tutup periuk kukus.

Setelah mendidih, masukkan daun ketumbar dan garam.

Biar seketika untuk sebati dan tutup api.

Nota: 

1) Kalau tidak ada semua bahan, masih boleh buat.
2) Boleh juga ditambah dengan bahan lain mengikut citrasa dan kreativiti masing masing.
3) Kalau ingin lebih pedas tambah cili. Kalau tidak mahu pedas langsung, jangan bubuh cili.
4) Sesuai untuk seisi keluarga.

Untuk lebih resepi dan informasi, layarilah
atau tontoni youtube
Keikhlasan adalah rencah utama
SHARE:

April 18, 2019

Resepi roti puri

Resepi roti puri
Ini adalah resepi roti yang mudah dan enak. Boleh dibuat dan dimasak di rumah untuk dinikmati seisi keluarga. Enak dimakan bersama k...
SHARE:

February 22, 2019

Resepi Rendang Ayam Raya

Resepi Rendang Ayam Raya
Untuk cara masakan secara video klik link video di bawah. Moh kite masak rendang! Bahan bahan 2...
SHARE:

February 22, 2019

Resepi Tomyam ayam

Resepi Tomyam ayam
Resepi (resep) tomyam yang mantap dan sedap. Resepi yang tak viral tak semestinya tak bagus. ADa pelbagai resepi dan cara memasak. Jad...
SHARE:

October 30, 2018

Resepi Kerang air asam

Resepi Kerang air asam
Moh kite masak kerang air asam! Bahan bahan 1kg kerang 1/2 biji bawang besar holland 1 biji tomato 2 sudu...
SHARE:

October 08, 2018

Resepi Rendang kerang hitam

Resepi Rendang kerang hitam
Di kampung saya, setiap kali raya ada satu rumah yang menyediakan rendang kerang berwarna hitam. Ianya unik dan sangat s...
SHARE:

July 21, 2018

Resepi Sotong bakar

Resepi Sotong bakar
Sotong bakar yang lembut, tidak liat dan segar sentiasa menjadi pilihan saya jika makan di restoran yang ada menyediakannya...
SHARE:

July 21, 2018

Resepi Cucur ikan bilis

Resepi Cucur ikan bilis
Berpagi-pagian dengan perut yang lapar di hujung minggu. Kena pulak malas nak keluar tetapi malas juga hendak memasak makana...
SHARE:

July 21, 2018

Resepi air asam kerisik

Resepi air asam kerisik
Air asam sangat terkenal di utara terutama untuk lauk yang dibakar seperti daging, ikan dan ayam. Air asam juga dimakan bersama ul...
SHARE:

July 03, 2018

Resepi Nasi Goreng Tomyam

Resepi Nasi Goreng Tomyam
Ini adalah resepi percubaan terbaru saya. Nasi yang digoreng bersama dengan perencah tomyam dan sayuran menghasilkan nasi yang enak dan s...
SHARE:

June 04, 2018

Resepi Sup daging

Resepi Sup daging
Sup adalah satu masakan mudah yang enak. Cara masakan mungkin berbeza-beza. Ada yang menumis dahulu dan ada juga yang terus merebus....
SHARE:
Blogger Template Created by pipdig