keikhlasan adalah rencah utama

July 11, 2021

Resepi Laksa Johor ikan tenggiri


Laksa adalah satu makanan yang sememangnya menakjubkan. Di Malaysia sahaja terdapat pelbagai jenis laksa. Kebanyakan mengikut nama negeri. Ada laksa Penang, laksa Kedah, laksa Johor, laksa Sarawak, laksa Terengganu (kuah putih) dan laksa Kelantan ataupun lebih dikenali sebagai laksam. Ada juga yang mengikut nama tempat seperi laksa 3 kuala iaitu laksa Kuala Kangsar, laksa Kuala Kedah dan lan laksa Kuala Perlis. Yang luar negeri pun ada juga. Antaranya adalah laksa Singapura (Singapore) dan laksa Siam. Juga terdapat satu lagi jenis laksa iaitu asam laksa.

Ada juga yang mempelbagaikan resepi laksa mereka dengan menambah mengikut kreativiti masing-masing terutamanya untuk perniagaan. Antaranya adalah laksa ikan sekoq, telur sarang dan lain-lain. Kuah laksa juga pelbagai. Ada yang menggunakan ikan sardin atau ikan selayang, ikan tenggiri, ikan temenung, ikang kembung atau mabong, ikan parang, ikan kurau dan sebagainya. Ia bergantung pada citarasa dan bajet masing-masing. Ada kuah yang menggunakan santan dan ada yang tidak. Sesetengah tempat menggunakan ikan sardin tin sebagai bahan kuahnya Mi laksa pula ada macam-macam juga. Contohnya laksa Johor dan Singapore menggunakan spaghetti. Laksa penang dan kedah menggunakan tepung beras manakala laksa Kuala Kangsar kebanyakannya menggunakan tepung gandum. Cuma ada versi hybrid untuk kuah laksa sebelah utara seperi laksa penang, kedah dan sebagainya. Ramai yang menyukai makan kuah laksa sebelah utara denga bihun goreng. Bahan-bahan 1.5 kg ikan tengiri 2 cawan santan pekat 2 inci halia 1 inci lengkuas 3 batang serai 2 susu serbuk kari ikan 5 sudu cili kisar/ boh 5 keping asam keping 1 paket spaghetti 1 sudu minyak zaitun 10 biji cilli api sedikit belacan sedikit pes asam jawa sedikit daun selasih atau daun kesom 1 biji timun 1 kuntum bunga kantan 3 biji kacang panjang 1 biji bawang besar garam secukup rasa

Cara-cara Rebus ikan dengan asam keping sehingga lembut. Sejukkan. Asingkan isi ikan dan tulangnya. Kisar isi ikan sehingga halus mengunakan air rebusan. Kisar bersama-sama semua asam keping. Masukkan ke dalam periuk. Kisar pula tulang ikan dengan air rebusan. Tapiskan ke dalam periuk. Kisar serai, lengkuas, halia, serbuk kari dan cili boh bersama. Masukan ke dalam periuk. Boleh juga jika hendak ditumis terlebih dahulu. Tuang juga santan ke dalam periuk. Masak sehingga mendidih dan masukkan garam secukup rasa. Didihkan air bersama minyajk zaitun dan sedikit garam. Celur spaghetti sehingga kembang dan lembut. Untuk awas-awas atau sayuran pula, potong timun dengan cara membulat. Potong kacang panjang pendek pendek. Hiris bawang besar, bunga kantan dan daun selalih atau daun kesom nipis-nipis atau halus-halus. Sediakan pula sambal belacan. Tumbuk cili api bersame belacan , pes asam jawa dan sedikit garam sehingga sedikit lumat. Hidangkan spaghetti bersama kuah laksa dan taburkan sayuran serta letakkanlah sambal belacan. Nikmatilah.
SHARE:

No comments

Post a Comment

Blogger Template Created by pipdig