Puding (pudding) adalah sejenis makanan yang manis, lembut, berasaskan susu atau bahan yang hampir sama. Ia juga mungkin berasaskan telur, coklat dan sebagainya. Ia enak dinikmati pada bila-bila masa. Makanlah diwaktu pagi bersama sarapan atau breakfast, di waktu tengahari bersama makan tengahari atau lunch, diwaktu petang atau teatime sebagai pasangan minuman dan juga makan malam atau dinner sebagai dessert.
Ia adalah makanan yang boleh dikatakan worldwide sebab ia ada di mana-mana sahaja di muka bumi ini tak kisahlah di Itali, di Amerika, di Kanada, di Australia, di Jepun, di Indonesia, di Russia, di China semuanya ada cara dan rasa masing-masing. Boleh juga menggunakan kreativiti masing-masing untuk menghasilkan pelbagai jenis puding yang sedap. Tidak perlulah tertakluk mengikut resepi asal atau mainstream.
Di Malaysia atau Asia Tenggara juga terdapat pelbagai jenis puding. Antaranya adalah puding manga atau mempelam, puding jagung, puding coklat, puding milo dan banyak lagi. Rupa puding pun boleh dipelbagaikan dengan menggunakan pelbagai acuan.
Resepi ini adalah resepi puding jagung yang amat mudah. Moh kite cuba!
Bahan-bahan
1 tin jagung manis (sweetcorn)
1 tin krimer sejat (susu cair) (evaporated creamer)
1/4 tin krimer pekat manis (susu pekat) (sweetened creamer)
2 cawan air (water)
1 cawan tepung kastad (custard powder)
Cara-cara
Bancuh tepung kastad dengan 1 cawan air.
Masukkan jagung manis ke dalam kuali.
Masukkan susu cair dan susu pekat juga bersama 1 cawan air.
Masak sehinggga mendidih dan masukkan bancuhan tepung kastad.
Masak sehingga kepekatan yang dikehendaki. Lebih pekat akan menjadikan puding lebih keras. Jika dah keras sangat bukan pudng dah jadinya. Itu bengkang.
Masukkan ke dalam bekas dan biarkan sejuk kepada suhu bilik.
Jika suka lebih sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk pula.
Bolehlah nikmati bersama keluarga.
No comments
Post a Comment