keikhlasan adalah rencah utama

July 07, 2021

Resepi Tauhu begedil

 




Tauhu ataupun tofu adalah satu makanan yang diperbuat daripada kacang soya. Ia juga dicampur dengan beberapa bahan lain seperti air, koagulan dan ejen curdling. Ia banyak digunakan dalam pelbagai masakan seperti digoreng bersama sayuran, mi kari, rojak, mi rebus gado-gado dan sebagainya. Ada dua jenis tauhu dipasaran iaitu tauhu basah dan tauhu goreng.

Begedil pula adalah makanan yang diperbuat daripada kentang yang dilenyek bersama ayam atau daging bersama dengan daun sup dan daun bawang serta rempah-rempah lain. Ia adalah makanan unik yang sedap dan yang penting ia dilengkapi sayuran dan lauk. 

Tauhu begedil pula adalah cantuman kombinasi kedua-dua makanan tersebut. Ia dinikmati dengan sos cili kicap yang pedas. Pastinya menambat selera terutama di waktu petang dan dinikmati bersama air panas seperti teh dan kopi. Cara membuatnya agak mudah. Harganya di pasaran agak mahal juga. Jadi moh kite buat sendiri. Moh kite cuba resepi ini!

Bahan-bahan

Sedikit tauhu goreng

2 biji telur


Bahan-bahan inti (bergedil)

3 biji kentang

Sedikit daun bawang

Sedikit daun sup

1 biji cili merah

3 ulas bawang putih

3 biji bawang merah

1 kiub ayam

sedikit lada berperisa (flavoured pepper)

sedikit lada hitam berperisa (flavored black pepper)

Sedikit isi ayam


Bahan-bahan sos cili kicap

2 biji cili api (saiz besar)

1/2 cawan air

3 ulas bawang putih

2 sudu gula

5 sudu kicap pekat manis



Cara-cara

Gorang tauhu goreng seketika. Jangan terlalu garing. Gunakan gunting atau pisau dan belah bahagian atas tauhu goreng. Keluarkkan isi tauhu dan asingkan. Kulit tauhu simpan dahulu.

Kupas kentang dan potong dadu kecil-kecil.

Potong isi ayam kecil-kecil.

Rebus kentang dan isi ayam sehingga lembut.

Lenyek-lenyekkan sehingga halus. 

Masukkan lada berperisa dan lada hitam berperisa sekadar yang kita mahukan. Gaul rata.

Potong daun bawang dan daun sup halus-halus atau kecil-kecil.

Masukkan sebahagian besar ke dalam kentang lenyek. Gaul rata.

Hiris nipis-nipis bawang merah dan bawang putih.

Panaskan minyak di dalam kuali dan tumis bawang merah serta bawang putih.

Masukkan kiub ayam dan kacau rata.

Masukkan kentang lenyek dan isi tauhu dan kacau rata. Masak atau goreng sehingga sebati. 

Sejukkan seketika. Setelah sejuk masukkan ke dalam kulit tauhu goreng. Masukkan dengan kepadatan yang dikehendaki. 

Pecahkan telur dalam mangkuk dan pukul seketika sekdara pecah kuningnya.

Celup tauhu yang telah disumbat dengan bergedil dan gorang sehingga berwarna perang. Jangan lupa alih-alihkan agar rata.

Potong 1 biji cili api merah kecil kecil.

Letakkan sedikit daun sup dan daun bawang serta cili api potong ke atas tauhu bergedil.

Sediakan pula sos cili kicap.

Kisar bawang putih dan cili api.

Masukkan ke dalam kuali bersama kicap, air dan gula. Masak sehingga sedikit pekat dan tutup api.

Bolehlah hidangkan bersama tauhu bergedil. Tuangkan ke atas tauhu bergedil dan nikmatilah tauhu bergedil yang sedap.

SHARE:

No comments

Post a Comment

Blogger Template Created by pipdig