keikhlasan adalah rencah utama

July 10, 2021

Resepi Puding susu kotak 4 bahan





 

Puding ada bermacam jenis. Puding jagung, puding mangga, puding roti, puding milo dan sebagainya. Rasa pun berbagai rasa. Cara pun berbagai cara.

Resepi ini adalah puding susu. Guna susu kotak Dutch Lady sahaja. Sedap memang sedap. Mudah pun mudah. Anak-anak suka, ibu bapa suka, atuk nenek pun suka. Musim panas dapat benda sejuk, sejuk je anak tekak. Segar je rasanya. Refreshing la bak kata omputih. Kena pulak kena duduk di rumah musim PKP ni kan. Daripada terperap membongkang je kojenye, moh kite layan buat resepi puding ni.
Bahan-bahan
1 kotak susu coklat
3 kotak susu penuh krim
1 paket 10g serbuk agar-agar clear
3 sudu susu pekat manis




Cara-cara

Masukkan serbuk agar-agar ke dalam mangkuk kecil. 
Tuang susu coklat ke dalam mangkuk. Masukkan 1/4 serbuk aga-agar dan kacau rata. Masak sekadar agar-agar larut. Tidak perlu sehingga mendidih tetapi jika telah mendidih, tidak mengapa.

Sejukkan kepada suhu bilik. Sesudah sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk kira-kira 1-2 jam. Setelah sejuk barulah buat cara seterusnya.
Masukkan 3 kotak susu penuh krim ke dalam mangkuk. Masukkan 3 sudu krimer pekat (susu pekat manis). Rasa untuk 3 sudu adalah sangat cantik tetapi jika ingin lebih manis atau kurang manis, bileh tambah atau kurangkan krimer pekat. Jika tiada krimer manis, boleh juga gunakan gula. Masukkan baki 3/4 serbuk agar-agar ke dalam mangkuk dan kacau rata.

Masak sehingga agar-agar larut. Sama seperti susu coklat tadi. Tidak perlu sehingga mendidih.

Sejukkan ke pada suhu bilik. Tidak perlu sehingga beku.

Potong agar-agar coklat. kecil-kecil atau halus-halus. Boleh juga potong mengikut kreativiti masing-masing.

Letakkan ke dalam acuan dan tuangkan agar-agar susu penh krim tadi.
Masukkan ke dalam peti sejuk dan sejukkan selama 2-3 jam.

Boleh dihidangkan dan dimakan. Anak-anak pasti suka.

SHARE:

No comments

Post a Comment

Blogger Template Created by pipdig