keikhlasan adalah rencah utama

July 16, 2021

Resepi taugeh goreng kicap dengan daun kucai




Taugeh adalah salah satu jenis sayur-sayuran yang asalnya adalah kacang. Biasanya ada 2 jenis taugeh dan dinamakan taugeh kecil/ halus dan taugeh besar/ kasar. Taugeh kecil berasal daripada kacang hijau atau kacang hitam manakala taugeh besar berasal daripada kacang tanah. Taugeh dalam bahasa Inggeris dikenali dengan nama bean sprout yang bermaksud kacang yang mengeluarkan pucuk dan akar. Kualiti dan saiz kacang memberi impak kepada saiz taugeh.
Satu ketika dahulu ada satu rancangan televisyen TV ataupun drama yang memaparkan satu adegan yang mengatakan "makan taugeh ni banyak-banyak, banyak zat ni". Sememangnya taugeh ada pelbagai zat dan khasiatnya tersendiri.
Antara masakan taugeh adalah kerabu taugeh. Masaklah dengan perut lembu atau kerang. Pasti sedap! Ia juga boleh dimasak air dan digoreng. Ia juga sesuai dimakan dengan mi goreng, kuey teow, bihun goreng, gado-gado dan sebagainya.
Moh kite masak taugeh goreng kicap dengan daun kucai. Resepi ini mudah dan sedap. Paling best kalau dapat makan dengan sambal belacan.

Bahan-bahan

400g taugeh kecil
3 ulas bawang putih
3 biji bawang merah
5 pokok daun kucai
2 batang kek ikan (fish cake)
1 cawan air
2 sudu kicap
1 biji cili merah




Cara-cara

Bersihkan dan toskan taugeh.

Hiris bawang merah, bawang putih dan cili merah nipis-nipis.

Potong daun kucai pendek pendek.

Potong fish cake pendek-pendek dan hiris nipis-nipis.

Panaskan sedikit minyak masak dan tumis bawang putih dan bawang merah. Tumis sehingga sedikit layu.

Masukkan kek ikan dan masak sehingga sedikit garing.

Masukkan taugeh dan daun kucai.

Masak seketika sebelum masukkan kicap dan air. Sukatan air bergantung kepada berapa banyak kuah yang kita mahukan.

Biarkan sehingga mendidih dan masukkan cili merah.

Jika menggunakan kicap yang masin. tidak perlu tambah garam.

Jika kurang masin, masukkan garam sekup rasa.

Nota:

Sedap dimakan bersama sambal belacan.

SHARE:

July 15, 2021

Resepi Ayam Tandoori Chicken

Resepi Ayam Tandoori Chicken
  Tandoori chicken atau ayam tandoori memang salah satu makanan yang mantap. Tambahan pula masa kena duduk di rumah, pastinya ia dirindui. D...
SHARE:

July 14, 2021

Resepi Patin tempoyak

Resepi Patin tempoyak
Patin tempoyak musim durian | tempoyak musing king ke? Durian ada pelbagai jenis. Durian kampung, D24, IOI, udang merah, musang king, duri h...
SHARE:

July 13, 2021

Resepi daging sapi padang asli

Resepi daging sapi padang asli
  Rendang daging sapi Padang cocok untuk Idul Adha Raya haji atau raya korban sudah semakin dekat. Ianya juga dikenali dengan nama Aidul  Ad...
SHARE:

July 12, 2021

Resepi Nasi Arab Mandy Kambing Lamb Mandy

Resepi Nasi Arab Mandy Kambing Lamb Mandy
  Nasi arab mandy kambing Bahan-bahan 1kg beras basmathi 1kg daging kambing 3 sudu minyak sapi 5 kuntum bunga lawang ...
SHARE:

July 11, 2021

Resepi Laksa Johor ikan tenggiri

Resepi Laksa Johor ikan tenggiri
Laksa adalah satu makanan yang sememangnya menakjubkan. Di Malaysia sahaja terdapat pelbagai jenis laksa. Kebanyakan mengikut nama negeri. A...
SHARE:

July 10, 2021

Resepi Puding susu kotak 4 bahan

Resepi Puding susu kotak 4 bahan
  Puding ada bermacam jenis. Puding jagung, puding mangga, puding roti, puding milo dan sebagainya. Rasa pun berbagai rasa. Cara pun berbaga...
SHARE:

July 07, 2021

Resepi Tauhu begedil

Resepi Tauhu begedil
  Tauhu  ataupun tofu adalah satu makanan yang diperbuat daripada kacang soya. Ia juga dicampur dengan beberapa bahan lain seperti air, koag...
SHARE:

July 06, 2021

Resepi puding jagung manis

Resepi puding jagung manis
  Puding (pudding) adalah sejenis makanan yang manis, lembut, berasaskan susu atau bahan yang hampir sama. Ia juga mungkin berasaskan telur,...
SHARE:
Blogger Template Created by pipdig