keikhlasan adalah rencah utama

May 28, 2020

Resepi sotong stim limau



Moh kite memasak atau masak-masak Resepi atau resep sotong stim limau ala thai sawadee ini saya ambil ketika merasa keenakannya di sebuah restoran yang sudah viral. Saya ambil dengan mengagak bahan-bahan yang digunakan. Tajuk tu sengaja bubuh camtu bagi best sikit. Musim wabak corona virus atau covid-19 ni eloklah masak di rumah sendiri dan luangkan masa bersama keluarga. Tambahan pula ada Perintah Kawalan Pergerakan sekarang ni. Lockdown dan self quarantine ataupun kuarantin diri sendiri walau tak kena tak ada simptom. Bahan-bahannya dan cara memasak mudah saja. Moh kite!

Bahan-bahan 3 ekor sotong (cumi-cumi) dikelar dan dikukus 3 ulas bawang putih dicincang halus 1 biji cili api di potong kecil 3 akar daun ketumbar 1 sudu teh garam 1.5 biji limau nipis diperah airnya

Cara-cara Bersihkan sotong. Buang tulang, dakwat dan mulut. Buang juga kulit sotong kerana ia akan membuat kuahnya berwarna ungu. Didihkan air dan kukus selama 5 ke 7 minit. Angkat sotong. Cincang halus bawang putih. Potong cili api kecil-kecil. Potong daun ketumbang pendek pendek. Masukkan ke dalam mangkuk. Akar daun ketumbar tidak perlu di potong tetapi dibersihkan dan dimasukkan sekali ke dalam mangkuk. Perah limau nipis. Perah 1 biji atau 1.5 biji sahaja. Jangan banyak sangat nanti terlalu masam. Gaul rata kesemuanya dan masukkan mangkuk ke dalam pengukus. Kukus antara 3-5 minit. Sekali-sekala kacau rata.
Tutup api dan hidangkan. Cubalah! Manalah tahu boleh memikat hati suami atau isteri dengan memasak sedap untuk mereka. Manalah tau meletop pulak resepi ini jangan meletop dapur sudahlah.
Untuk lebih resepi dan informasi, layarilah
atau tontoni youtube
Keikhlasan adalah rencah utama

SHARE:

No comments

Post a Comment

Blogger Template Created by pipdig