keikhlasan adalah rencah utama

May 28, 2020

Resepi ayam masak Palembang



Ayam masak palembang ini adalah salah satu masakan teristimewa. Amat rindu dalam hati untuk menikmatinya. Resepi (resep) ayam masak palembang ini memang enak. Cara buat (bikin) pun tak susah. Cuma perlu bahan-bahan yang agak banyak. Begitupun, hasilnya nanti amatlah memuaskan hati.Tak perlu susah-susah lagu mencari kerana sudah ada resepi ini. Moh kite cuba!
Bahan-bahan 1 ekor ayam 3 sudu cili giling 2 tangkai daun kari 1 keping asam gulugor 1 mangkuk kecil/ cawan santan pekat 5 sudu kicap lemak manis 2 sudu sos tiram Bahan Kisar 5 biji bawang merah 5 ukas bawang putih 3 batang serai 2 inci halia Bahan Tumis 3 kuntum bunga lawang 1 kulit kayu manis. 10 kuntum bunga cengkih 10 biji buah pelaga

Cara-cara Goreng ayam separa garing atau angkat sebelun garing. Kisar bahan kisar sehingga halus. Sebaiknya potong serai pendek-pendek untuk memudahkan kisaran. Tumis bahan-bahan tumis sehingga naik bau. Masukkan bahan kisaran dan tumis lagi sehingga naik bau. Masukkan daun kari. Tumis sehingga semua berbau wangi. Masukkan cili giling. Tumis sampai pecah minyak. Masukkan asam keping. Masukkan kicap dan sos tiram. Kacau rata sehingga agak pekat. Masukkan ayam. Gaul rata sehingga sebati. Masukkan santan dan gaul rata. Masak sehingga kuah pekat atau sedikit. Tutup api dan hidangkan. #ayammasakpalembang #ayampalembang #mohkite Nota: 1. kalau tiada kicap lemak manis, tambahkan 1 sudu susu pekat ataupun krimer pekat ke dalam kicap biasa. 2. Jika ingin lebih pedas, boleh ketuk cili api (cabe rawit) 3. Enak untuk hidangan berbuka puasa malah untuk sahur juga. 4. Enak juga dibuat hidangan lauk pauk hari raya.
Untuk lebih resepi dan informasi, layarilah
atau tontoni youtube
Keikhlasan adalah rencah utama

SHARE:

No comments

Post a Comment

Blogger Template Created by pipdig