keikhlasan adalah rencah utama

May 27, 2020

Resepi mi megi goreng sedap ala mamak



Kalau mi macam ni je sinonim dengan perkataan megi. Nasib la jenama lain tu sebab kalau orang order je tetap sebut megi goreng atau megi sup atau megi kari. Cuma tak semestinya jenama Maggi yang sedap sekarang ni tau. Mi sedaap, Mamee, Cintan, Saji dan sebagainya pun sedap juga.


Moh kita cuba megi goreng dengan mi sedaap ini

Bahan-bahan

1 paket mi sedaap goreng
5 ulas bawang putih
1 biji bawang merah
1/2 sudu teh ketumbar
1/2 sudu teh cili giling
1 biji cili merah
1 biji telur
1 pokok  pak choy
Sedikit minyak masak
Sedikit limau nipis

Cara-cara

Didihkan air di dalam periuk.

Masukkan seketika mi sedap. Jangan tunggu kembang kerana akan digoreng lagi nanti. Angkat dan toskan.

Didihkan air sekali lagi dan celur pak choy seketika. Angkat dan toskan.

Hiris bawah putih dan bawang merah nipis-nipis.

Panaskan minyak di dalam kuali.

Tumis ketumbar sehingga naik bau. masukkan bawang merah dan bawang putih. Tumis sehingga sedikit layu.

Masukkan perencah mi sedaap bersama cili giling. Kacau rata sehingga sebati.

Masukkan mi yang telah dicelur tadi dan kacau rata.

Buat lubang ditengah-tengah kuali dan pecahkan telur.

Kacau bahagian telur sehingga masak semuanya barulah gaul rata dengan mi.

Hiris cili merah.

Masukkan hirisan cili merah. Kacau rata.

Masukkan pak choy. Kacau rata.

Angkat dan hidangkan.

Perahkan limau nipis untuk lebih enak.

Untuk lebih resepi dan informasi, layarilah
atau tontoni youtube
Keikhlasan adalah rencah utama

SHARE:

No comments

Post a Comment

Blogger Template Created by pipdig