keikhlasan adalah rencah utama

March 21, 2020

Resepi daging masak rempah




Daging masak rempah ini sangat sedap rasanya. Kena pulak makan dengan nasi panas ketika tengahari, memang mantap dan padu. Ianya adalah masakan yang menggunakan serbuka kari, cuma ia tidaklah seperti masakan kari pekat ala mamak atau pun gulai kari yang dimasukkan santan. Ini kerana ia sedikit berminyak. Mungkin boleh dikatakan sebagai masak kari goreng ataupun tumis. Cubalah resepi (resep) masakan ini.


Moh kite masak!

Bahan-bahan

1/2kg daging
3 ulas bawang putih
1 biji bawang merah
1/2 paket serbuk kari daging
1 tangkai daun kari
1 inci halia
1 kulit kayu manis
1/2 cawan minyak masak
Garam secukup rasa

Cara-cara

Basuh dan bersihkan tangan. Lebih baik kalau ambil wudhu’.

Potong daging kecil-kecil, basuh dan toskan.

Hiris nipis bawang merah dan bawang putih.

Potong halia seperti bentuk lidi.

Bancuh serbuk kari dengan sedikit air.

Panaskan minyak masak di dalam kuali.

Masukkan halia dan kayu manis.

Setelah naik bau, masukkan bawang merah dan bawang putih.

Setelah bawang agak layu, masukkan bancuhan kari.

Setelah naik minyak, masukkan daun kari. Tangkainya dibuang.

Tunggu sehinga daun kari agak layu. Masukkan daging.

Kacau rata selalu, sehingga air daging kering dan minyak kembali naik.

Masukkan garam secukup rasa dan kacau rata.

Biarkan seketika dan tutup api.

Hidangkanlah.

Nota:
  1. Perlu minyak masak yang agak banyak
  2. Boleh taburkan cili merah yang dihiris nipis.
  3. Boleh dimakan dengan nasi putih, nasi beriani dan segala jenis roti seperti roti sandwich, roti jala, roti puri dan sebagainya.

Untuk lebih resepi dan informasi, layarilah
atau tontoni youtube
Keikhlasan adalah rencah utama
SHARE:

No comments

Post a Comment

Blogger Template Created by pipdig