keikhlasan adalah rencah utama

March 13, 2020

Resepi cendawan tiram kelabu masak lemak



Cendawan tiram kelabu atau kulat tiram kelabu boleh di masak pelbagai cara. Antaranya adalah sup, sayur campur, goreng dan tumis. Moh kite cuba resepi (resep) ini, cendawan tiram masak lemak. Ia adalah resepi yang mudah tetapi sedap.


Bahan-bahan
Cendawan tiram
1 cawan santan kelapa (1 kotak 200g)
1 batang serai
3 biji cili api
1 sudu serbuk kunyit
1 keping asam gelugor (asam keping)
500ml air (setengah jug)
Garam secukup rasa

Cara-cara
Basuh tangan bersih-bersih. Ambil wudhu’ lagi bagus.


Bersihkan cendawan tiram dan masukkan ke dalam periuk.
Buang tangkai cili api dan patah-patahkan ke dalam lesung batu.
Gesek/ tumbuk cili api bersama garam sehingga lumat.
Masukkan serai dan ketuk/ tumbuk.
Masukkan serbuk kunyit, asam gelugor, cili api dan serai ke dalam periuk.
Masukkan juga air dan santan kelapa.
Letak periuk di atas dapur dan buka api.
Kacau selalu agar santan tidak pecah lemak.
Apabila sudah mendidih, masukkan garam secukup rasa.
Kacau rata sehingga sebati.
Tutup api dan hidangkan.
Nota:
1) asam gelugor boleh digantikan dengan asam jawa atau belimbing buluh atau limau.
2) untuk kenikmatan berganda, tambah cili api untuk lebih pedas.
3) sesuai untuk hidangan berbuka puasa (iftar).
Untuk lebih resepi dan informasi, layarilah
atau tontoni youtube
Keikhlasan adalah rencah utama
SHARE:

No comments

Post a Comment

Blogger Template Created by pipdig