keikhlasan adalah rencah utama

March 27, 2020

Resepi kuih tepung talam gula merah


Banyak makanan serta resepi (resep) masakan kuih (kue) muih tradisi ataupun tradisional melayu yang semakin dilupakan. Maksud dilupakan adalah semakin ramai yang tidak tahu membuatnya. Tepung talam gula merah ini adalah salah satu daripadanya. Moh kite belajar dan cuba buat tepung talam ini. Resepi mungkin berbeza antara satu tepung talam dengan tepung talam yang lain.

Bahan-bahan (lapisan bawah - gula merah)

1 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula merah
4 sudu gula pasir putih
2 cawan air

Cara-cara (lapisan bawah)

Bersikan tangan sebaiknya berwudhu'.

Masak gula merah dan gula putih dengan satu cawan air sehingga larut kesemuanya. Sejukkan seketika.

Masukkan tepung gandum ke dalam besen atau mangkuk.

Masukkan larutan gula dan baki 1 cawan air. 

Gaul rata dan pecahkan/ hancurkan tepung tepung yang terapung sebaik mungkin. 

Tapis hasilnya ke dalam loyang.

Didihkan air untuk mengukus.

Masukkan loyang ke dalam pengukus.

Kukusan akan mengambil masa lebih kurang 15 minit.

Sementara itu sambung dengan bahan-bahan dan cara-cara buat lapisan atas.

Bahan-bahan (lapisan atas - santan)

1 cawan tepung beras
2 cawan santan pekat
1/4 sudu teh garam

Cara-cara

Bersihkan tangan atau lebih baik berwudhu'

Masukkan kesemua bahan ke dalam mangkuk dan gaul rata.

Tapis ke dalam periuk. 

Masak sehingga sedikit pekat.

Setelah 15 minit kukusan lapisan bawah selesai di dalam periuk pengukus, cakar cakarkan bahagian atas lapisan bawah.

Tuang lapisan atas ke atas bahagian bawah di dalam loyang (di dalam pengukus).

Kukus selama 15 minit lagi.

Tutup api dan sejukkan kepada suhu bilik.

Boleh dihidang dan dinikmati.

Nota:
  1. Jika mahu, boleh juga disejukkan di dalam peti sejuk.
  2. Jika mahu lapisan atas nipis, tebalkan lapisan bawah dengan menambah bahan dan kurangkan bahan lapisan atas.
Untuk lebih resepi dan informasi, layarilah
atau tontoni youtube
Keikhlasan adalah rencah utama

SHARE:

No comments

Post a Comment

Blogger Template Created by pipdig