keikhlasan adalah rencah utama

March 25, 2020

Resepi pelengat pisang




Pelengat pisang ni popular di Kedah. Resepi (resep) kuih (kue) ni pun orang Jitra yang bagi. Ia agak berbeza dengan bancuhan cekodok dan lepat pisang kerana ia menggunakan tepung beras dan juga santan. Rasanya sudah pasti manis dan sudah tentukah sedap. Moh kite buat!
Bahan-bahan 10 biji pisang berangan 1 cawan tepung beras 1 sudu gula merah 1/2 sudu teh garam 1/3 cawan santan Sedikit gula Sedikit air Sedikit minyak masak Cara-cara Lenyek pisang di dalam bekas/ besen. Boleh gunakan garpu, penekan daging burger, bawah gelas yang keras atau apa sahaja. Janji lenyek. Seeloknya rasa pisang dahulu. Kalau pisang sudah manis, kurangkan gula. Bancuh gula merah dengan sedikit air dan masukkan ke dalam bekas pisang yang dilenyekkan tadi. Kacau/ gaul rata. Masukkan garam dan gula. Kacau/ gaul rata. Masukkan tepung beras sedikit demi sedikit. Kacau/ gaul rata. Masukkan santan. Kacau/ gaul rata. Kalau terlalu lembik atau cair, tambah sedikit tepung. Jangan terlalu banyak, nanti dah nasak jadi keras. Cukup sekadar likat. Minyakkan loyang menggunakan tisu. Masukkan aduan ke dalam loyang. Didihkan air di dalam pengukus. Masukkan loyang ke dalam pengukus. Kukus kita-kira 45-60 minit. Jika buka diantara waktu itu dan ada air bertakung diatas adunan di dalam loyang, buang menggunakan sudu. Sejukkan pada suhu bilik dan bolehlah nikmati. Kalau suka lagi kering dan sejuk, sejukkan di dalam peti ais dahulu. Nota: 1) boleh juga guna pisang lain seperti pisang awak.

Cara-cara membuatnya ada juga di channel youtube moh kite. Sila klik pautan di bawah.


Untuk lebih resepi dan informasi, layarilah
atau tontoni youtube
Keikhlasan adalah rencah utama

SHARE:

No comments

Post a Comment

Blogger Template Created by pipdig