keikhlasan adalah rencah utama

March 13, 2020

Resepi Asam pedas ikan kembung siam | kaeng som phed



Moh kite masak asam pedas. Kali ni kite masak asam pedas siam atau pun dalam bahasa siamnya kaeng som phed. Cara dan bahan untuk memasaknya agak berlainan daripada yang biasa tetapi nampak sesuai untuk mereka yang eat clean atau makan secara sihat kerana tiada penggunaan minyak masak dan gula. Resepi (resep) yang unik dan pastinya sedap.

Bahan-bahan
2 ekor ikan kembung
7 tangkai cili kering
7 biji cili api
2 atau 3 keping asam keping (asam gelugor)
1 sudu makan serbuk lada hitam
1 sudu teh belacan
Sedikit kacang bendi (banyak pun boleh)
Sedikit daun kesom (biar ada bau dan rasa)
Garam secukup rasa
3 ulas bawang putih
Sedikit kunyit hidup
Sedikit lengkuas
1 kuntum bunga kantan
700- 750ml air
Cara-cara


Basuh tangan bersih-bersih. Ambil wudhu’ lagi bagus.
Potong cili kering pendek-pendek dan buang bijinya sebanyak mungkin. Basuh dan rebus.
Setelah mendidih, tuang ke dalam penapis dan basuh serta buang lagi bijinya sebanyak mana yang boleh.
Masukkan ke dalam pengisar cili kering yang telah direbus tadi bersama cili api, bawang putih, serbuk lada hitam, belacan, kunyit hidup dan halia. Kisar halus kesemuanya.
Masukkan hasil kisaran ke dalam periuk. Masukkan juga bunga kantan dan asam keping.
Masak sehingga mendidih. Kemudian, masukkan kacang bendi, ikan kembung dan daun kesom.
Kacau rata dan masukkan garam secukup rasa.
Tutup api dan hidangkan.
Nota:
1) boleh dibuat lauk berbuka puasa atau iftar nanti.

Untuk lebih resepi dan informasi, layarilah
atau tontoni youtube
Keikhlasan adalah rencah utama
SHARE:

No comments

Post a Comment

Blogger Template Created by pipdig