keikhlasan adalah rencah utama

April 16, 2020

Resepi jelatah atau acar timun dan nenas



Resepi atau resep jelatah ini adalah resepi ibunda. Resepi asal menggunakan sedikit udang kering yang ditumbuk halus dan digaulkan bersama. Cuma yang dibuat ini tidak menggunakan udang kering. Jelatah juga disebut sebagai acar di sebahagian tempat. Resepi ini tidak menggunakan cuka dan air kerana nenas, tomato dan timun akan mengeluarkan air sendiri. Rasa masam akan timbul daripada nenas dan tomato. Cuma, jika anda inginkan rasa masam cuka ada di dalamnya, anda boleh saja menambah sedikit cuka buatan.

Moh kite cuba!



Bahan-bahan

1/2 biji nenas
1 biji timun
3 biji bawang merah (tiada di dalam video)
3 biji tomato
2 biji cili merah
1 sudu teh garam
2 sudu besar gula (jika nenas manis, kurangkan gula)

Cara-cara

Potong nenas kecil-kecil.

Hiris timun nipis dan kecil.

Hiris cili merah nipis-nipis.

Potong tomato kecil-kecil.

Hiris bawang merah nipis-nipis.

Satukan semua bahan ke dalam satu bekas dan kacau gaul rata.

Biarkan ia sebati di dalm peti sejuk sebelum dihidang untuk rasa yang lebuh sedap.


Nota:

1) jika suka boleh tambah udang kering
2) jika nenas kurang masam, boleh tambah sedikit cuka makanan atau cuka epal.
3) boleh juga ditambah lobak merah

Untuk lebih resepi dan informasi, layarilah
atau tontoni youtube
Keikhlasan adalah rencah utama

SHARE:

No comments

Post a Comment

Blogger Template Created by pipdig