Resepi kuih (resep kue) tepung talam ini adalah salah satu resepi kuih kuih tradisional melayu. Kuih ini amat popular walaupun tak viral. Ianya sedap dan amat sesuai di makan di waktu pagi dan petang. Ia juga amat sesuai dijadikan juadah berbuka puasa (iftar). Kalau tak habis dan masih elok, boleh juga jadi sahur.
Moh kite masak atau buat kuih ni.
Bahan- bahan (bawah)
2 cawan tepung gandum.
1/2 cawan santan pekat
3.5 cawan air daun pandan (sila lihat video)
1 cawan gula
Pewarna hijau (jika perlu)
Bahan-bahan (atas)
1 cawan santan pekat
1/2 cawan tepung gandum
Secubit garam
Cara-cara
Basuh dan bersihkan tangan. Lebih baik jika berwudhu’
Sediakan periuk pengukus dan didihkan air.
Cantumkan semua bahan bawah dan masukkan ke dalam pengisar dan kisar halus.
Tapis hasil kisaran ke dalam mangkuk agar jika ada yang kasar, ia tidak mengalir ke mangkuk.
Tuang hasil kisaran ke dalam loyang 20cm. Resepi ini cukup-cukup untuk loyang 20cm.
Masukkan ke dalam pengukus dan kukus selama 15 minit.
Sementara mengukus, kisar bahan-bahan atas pula. Jika terlalu likat atau pekat, tambah sedikit air. Pastikan boleh dituang.
Setelah 15 minit mengukus bahagian bawah, tuang bahagian atas ke atas bahagian bawah di dalam pengukus/
Kukus selama 5 minit lagi dan tutup api.
Keluarkan daripada pengukus dan sejukkan sehingga betul-betul sejuk.
Potong hanya setelah sejuk. Untuk hasil yang lebih baik, sejukkan lagi di dalam peti sejuk.
Nota:
Jika dipotong semasa panas, mungkin akan melekat pada pisau dan juga loyang.
Untuk lebih resepi dan informasi, layarilah
atau tontoni youtube
Keikhlasan adalah rencah utama
No comments
Post a Comment