keikhlasan adalah rencah utama

April 20, 2020

Resepi kek butter atau Butter cake


Resepi kek butter atau butter cake yang menggunakan 5 bahan ini amat mudah dibuat tetapi amat sedap. Masa penyediaannya juga tidak terlalu. Cuma masa membakarnya lama sedikit iaitu kira kira 40-45 minit.
Moh kite bakor!

Bahan-bahan

250gm mentega (butter)
4 biji telur 
1 cawan  gula caster
2 cawan tepung naik sendiri
1 sudu teh esen vanilla



Cara-cara

Panaskan ketuhar (oven).

Pastikan mentega (butter) dilembutkan atau telah lembut di luar peti sejuk. 

Ambil sedikit kira-kira sesudu dan asingkan. Ini untuk disapukan kepada bekas kek nanti.

Pukul mentega bersama gula sehingga kembang atau sehingga gula larut.

Masukkan 1 biji telur dan kacau sedikit.

Ulangi untuk 3 biji telur lagi.

Masukkan esen vanilla dan kacau sedikit. Esen vanilla digunakan untuk menutup atau menghilangkan bau telur. 

Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Kacau rata.

Sapu bahagian dalam bekas kek dengan mentega yang telah diasingkan tadi. Tepungkan juga sedikit bahagian dalam bekas itu. Ini supaya kek tidak melekat pada bekas.

Masukkan ke dalam oven dan bakar suhu 175 C api atas bawah selama 40-45 minit.

Sejukkan dan keluarkan dari bekas dan potong.

Hidangkan dan nikmatilah.

Nota:
  1. Credit to my friend Azah Aziz for the recipe.
  2. Esen vanilla kalau tak ada pun tak mengapa. Cuma nak bau lagi sedap, kenalah masukkan.
Untuk lebih resepi dan informasi, layarilah
atau tontoni youtube
Keikhlasan adalah rencah utama

SHARE:

No comments

Post a Comment

Blogger Template Created by pipdig