Resepi (resep) kuih (kue) puding sunquick yang amat mudah dengan bahan bahan yang amat sedikit. Hanya 5 bahan diperlukan secukupnya. Puding adalah salah satu jenis kuih muih yang yummy, teristimewa dan mudah disediakan. Awas jatuh cinta kepadanya.
Moh kite cuba!
Bahan-bahan (ingredients)
3 cawan air (3 cups of water)
5 sudu gula (5 tablespoons of sugar)
1 paket agar agar tali 24g (1 packet or jelly strip 24g)
5 sudu sunquick tropika (5 tablespoons of sunquick tropical)
4 cawan susu rendah lemak sejuk (4 cups of cold low fat milk)
Cara-cara (how to)
Masukkan air, gula dan agar agar tali ke dalam periuk. Buka api dan larutkan kesemuanya. (Pour in water, sugar and jelly strip to a pot. Heat it and let them melt)
Apabila telah larut, tutup api dan sejukkan sedikit dengan mengacaunya. (Turn off the gas and let it cool by stirring it regularly)
Masukkan sunquick dan susu rendah lemak yg sejuk. Kacau rata. (Pour in sunquick tropical and cold low fat milk. Stir properly)
Tuangkan ke dalam bekas dan sejukkan di dalam peti sejuk selama 2-3 jam. (Pour into a mould and let it cool in the fridge for 2-3 hours)
Hidangkan dan potong. (Serve and cut it)
Nikmatilah. (Enjoy it)
Nota:
Boleh ditambah pelbagai buahan seperti buah naga, mangga, rambutan, nenas dan anggur. Buah ceri juga cantik sebagai hiasan.
No comments
Post a Comment