keikhlasan adalah rencah utama

April 15, 2018

Resepi Tempoyak Daun Kayu


Resepi (resep) tempoyak daun kayu yang menghimpunkan ulam-ulaman yang sedap dan terbaik. Cubalah masakan ini.

Moh kite masak!

Bahan bahan

5 ikat pucuk ubi
1 piring terung pipit
5 batang keladi
2 papan petai
1 keping asam gelugor
1 batang serai
9 biji cili api (cabe rait)
5 sudu tempoyak
1/2 kilo santan pekat
sedikit serbuk kunyit
garam secukup rasa

Cara cara

Ambil pucuk dan daun muda sahaja pada pucuk ubi. Yang lain terpaksa dibuang. Hiris pucuk dan daun muda tadi halus halus. Kemudian basuh.

Buang tangkai terung pipit dan basuh.

Ambil isi petai dan belah dua. dan basuh.

Siang keladi dengan membuang kulitnya. Potong nipis nipis dan basuh.

Campur semua sayuran tadi sekali dan letak di dalam kuali.

Masukkan santan pekat, tempoyak, cili api dan sedikit serbuk kunyit ke dalam pengisar dan kisar sehingga halus.

Tuang bahan kisaran ke dalam kuali.

Ketuk serai dan masukkan juga ke dalam kuali bersama asam gelugor dan garam.

Gaulkan kesemuanya.

Buka api dan masak. Kacau sekali sekala. Proses memasak agak lama iaitu sehingga sayuran lembut dan kuah menjadi pekat dan sedikit barulah api ditutup.


Nota:

1) Resipi ini boleh dipelbagaikan bahan-bahannya. Boleh ditambah cendawan sisir, jantung pisang, pucuk kaduk dan lain lain yang bersesuaian.

2) Santan tidak perlu ditambah air kerana masakan ini memang memerlukan santan yang pekat.

Untuk lebih resepi dan informasi, layarilah
atau tontoni youtube
Keikhlasan adalah rencah utama
SHARE:

No comments

Post a Comment

Blogger Template Created by pipdig