Mee (Mi) kari adalah salah satu makanan kegemaran saya. Agak sukar bagi saya mendapatkan mi kari yang dapat menepati citarasa saya. Jadi, pilihan yang terbaik buat saya adalah memasaknya sendiri. Cuma ada bahagian dalam masakan ini yang menjadikan proses penyediaannya menjadi agak lama terutamanya proses menyediakan kerang rebus. Mi kari saya tanpa kerang bagaikan hambar. Biarlah lama asal ianya berbaloi. Cubalah resepi (resep) masakan mee atau mi ini.
Apa menu nak masak hari ni? Apa nak buat time kena lock kat umah?
Masaklah resepi ini.
Bahan bahan
1/4 ayam
1 kg kerang
3 keping kek ikan
5 pokok sawi
1 biji cili merah
1 bungkus mi kuning
3 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 peket kari ikan
2 tangkai daun kari
santan dari satu biji kelapa
garam secukup rasa
minyak untuk menumis
Cara cara
Rendam kerang seketika agak gak l/2 jam untuk mengeluarkan lumpur dari bahagian dalam kulit. Gosok gosokkan agar bahagian luar juga tercuci. Tukar air dan rendam lagi. Kemudian, cuci lagi sehingga yakin bersih. Rebus kerang sehingga masak. Sejukkan dan keluarkan isi kerang.
Potong ayam kepada 4 atau 5 bahagian.
Potong kek ikan nipis nipis.
Potong sawi dan celur seketika di dalam air mendidih. Kemudian, toskan.
Didihkan air lagi dan celur mi kuning seketika. Kemudian, toskan.
Hiris bawang putih dan bawang merah.
Bancuh serbuk kari dengan air. Biar pekat.
Asingkan daun kari dari tangkainya. Ambil daun sahaja. Tangkainya dibuang.
Panaskan minyak masak. Masukkan bawang merah dan bawang putih. Goreng sehingga layu dan naik bau.
Masukkan serbuk kari yang telah dibancuh. Kacau sehingga pekat dan naik minyak.
Masukkan halia dan daun kari. Gaulkan dan kacau lagi buat seketika.
Masukkan santan dan kacau sehingga mendidih. Perlu selalu dikacau agar santan tidak pecah lemak.
Masukkan garam.
Masukkan ayam dan kacau sehingga ayam masak.
Masukkan kerang dan kek ikan. kacau seketika sseblum menutup api.
Hiris cili merah nipis-nipis.
Masukkan mi ke dalam mangkuk, bubuh kuah bersama ayam, kerang dan kek ikan. Letakkan cilimerah dan sawi.
Sedia dihidang!!
Nota:
1) Bagi penggemar limau, boleh perahkan limau.
2) Kalau ada bawang goreng rangup, lagi mantap!!
3) Kawan saya Umi Z kata rahsia masak mi kari yang sedap adalah letak seekor ketam dalam kuahnya ketika memasak. Kalau hidang kepada ramai orang, etam itu janganlah dihidangkan kerana nanti tak cukup.
banyak juga resepi yang divideokan dalam channel youtube 'moh kite'.
www.mohkite.com
keihlasan adalah rencah utama
*jadilah rakyat Malaysia yang baik. Pastikan duduk di rumah (stay @ home) dan mematuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) atau Movement Controlled Order (MCO) daripada kerajaan untuk memastikan Corona virus atau COVID-19 tidak terus merebak. Angka kematian amat tinggi di negara-negara seperti United States of America (USA), China dan Italy. Berikan kerjasama agar angka kematian tidak terus meningkat di Malaysia. Banyak berzikir, beristighfar dan berdoa agar Malaysia dan seluruh dunia terselamat daripada wabak ini dan tak perlu lockdown.Bersihkan tangan selalu dengan sanitizer ataupun dengan air dan sabun. Pakailah penutup muka atau face mask selalu terutama bila keluar berhadapan dengan orang lain. Semoga vaksin atau ubat segera ditemui. Setiap penyakit ada ubatnya kecuali mati. Allah Maha Penyembuh.Kerajaan dah bagi penjimatan dan penangguhan banyak perkara seperti yang dicontohkan oleh Perdana Menteri Muhyiddin Yassin kepada Makcik Kiah penjual goreng pisang golongan B40. Artis juga perlukan bantuan prihatin BPN atau bantuan sara hidup BSH melalui LHDN kerana tiada golongan akan terpinggir. Janganlah terlalu mengecam vivy. KWSP (EPF) pun boleh dikeluarkan melalui kaedah i-lestari. Biarlah barisan hadapan (frontliners) melakukan kerja mereka dan semoga Allah merahmati mereka.Tak perlu jumpa sesiapa. Gunalah video call atau zoom meeting app kalau perlu sangat nak tengok muka. Telco Celcom, Digi, Maxis, UMobile dan XOX pun dah bagi 1GB free setiap hari. Walaupun harga minyak (oil price) RON95 dan RON97 turun, duduk ajelah di rumah. Jangan sampai kita jadi macam dalam cerita zombie ataupun Train to Busan.

No comments
Post a Comment