keikhlasan adalah rencah utama

April 20, 2018

Resepi Acar ikan Sardin






Masakan ini cuma lain sedikit daripada sambal tumis yang biasa kerana ada cuka epal. Cuka epal menjadikan rasa masakan ini menjadi lain dari yang lain. cubalah resepi (resep) ini.

Moh kite masak!

Bahan bahan 

5 ekor ikan sardin
7 tangkai cili kering
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 batang seleri
1 sudu teh gula
1 sudu cuka epal
1 biji cil merah
garam secukup rasa
serrbuk kunyit
minyak masak

Cara cara

Lumur  ikan sardin yang telah dicuci dengan garam dan serbuk kunyit. Goreng sehingga garing. keluarkan dari kuali. Keluarkan juga minyak gorengan tetapi tinggalkan sedikit untuk menumis cili.

Potong cili kering dan rebus seketika. Kemudian, kisar sehingga halus.

Buang kulit bawang putih dan bawaang merah. Ambil pisau besar dan tekan setiap bawang.

Potong seleri kecil kecil.

Tumis cili kisar sehingga naik minyak. Masukkan gula, garam dan cuka epal.

Masukkan ikan dan gaul rata.

Masukkan seleri dan gaul rata.

Hiris cili merah.

Tutup api dan masukkan cili merah. Gaul rata.


Nota:

Tiada cuka epal? Cuka makanan pun boleh.


Untuk lebih resepi dan informasi, layarilah
atau tontoni youtube
Keikhlasan adalah rencah utama

SHARE:

No comments

Post a Comment

Blogger Template Created by pipdig