Yaumul Jumu'ah bermaksud hari Jumaat dalam Bahasa Melayu. Hari yang penuh barakah juga hari yang dikenali sebagai Sayyidul Ayyam. Sayyidul Ayyam pula bermaksud penghulu segala hari.
Penuhilah hari ini dengan istighfar, selawat kepada junjungan Nabi Muhammad dan juga berdoa. Sebenarnya semua itu tidaklah berat cuma kita yang memberatkannya. Jika sudah istiqomah menjadi amalan, ia akan sentiasa berada di bibir dan hati kita.
Istighfar adalah satu doa. Doa meminta keampunan. Selawat ke atas Rasulullah juga adalah doa. Satu selawat dibalas 10 oleh Allah. Ada ulama' yang menayatakan itu jika secara lalai. Kalau bersungguh-sungguh selawat, maka Allah akan membalasnya dengan lebih banyak, malah terlalu banyak. Tidak inginkah kita selawat Allah? Tidak rindukah kita kepada Rasulullah?
Perbanyakkan doa dan sentias berdoa. Ada satu masa mustajab pada hari Jumaat yang dirahsiakan. Jika semata mata mencari waktu mustajab, ianya sukar. Ikhlaskan hati dalam beristighfar, berselawat dan berdoa. InsyaAllah mustajab doa kita.
Wallahua'lam.
No comments
Post a Comment