keikhlasan adalah rencah utama

April 14, 2018

MUHASABAH DIRI: Rezeki



Rezeki adalah kurniaan daripada ALLAH. Apa sahaja nikmat yang ALLAh berikan kepada kita adalah rezeki. Ia bukanlah wang ringgit, dollar, euro mahupun pound sterling semata-mata.

Mampu buang air pun rezeki. Rezeki kesihatan. Ada orang yang sakit nak buang air pun tak mampu dengan cara sepatutnya. Kena melalui tiub dan sebagainya.

Ada orang yang dikurniakan anak yang ramai, ada juga yang tidak ada anak. Ada orang dikurniakan harta benda yang banyak, ada juga yang miskin. Ada yang mampu berpoiligami ada yang tak mampu. Ada yang belajar tinggi ada yang sekadar sekolah rendah. Ada yang panjang umurnya ada yang pendek umurnya.

Apa pun kena bersyukur dengan apa sahaja yang ALLAH berikan. Dengan bersyukur kita akan merasa cukup.

Tidak perlu berasa risau akan rezeki kita mahupun anak-anak yang bakal kita tinggalkan. Tidak perlu juga hasad dengan rezeki orang lain. Rezeki untuk semua telah ALLAH tetapkan.
SHARE:

No comments

Post a Comment

Blogger Template Created by pipdig