Terdapat beberapa gerai di sini. Cuma, pilihan saya adalah gerai ketiga dari jalan masuk. Saya suka air asam atau cili kicapnya. Gerai lain pun tak kurang hebatnya tapi pada saya kelebihan gerai ketiga adalah air asamnya.
Cuma gerai gerai ini hanya dibuka daripada Isnin sehingga hari Sabtu. Sebaiknya sampai awal kerana biasanya penuh dan terpaksa berbaris menunggu ikan atau makanan laut yang lain.
Ada juga makanan nasi campur yang lain. Cuma tumpuan utamanya adalah makanan laut yang dibakar.
Lokasi: Jalan Bellamy atau lebih dineali dengan belakang Istana (Istana Negara yang lama. Sekarang dikenali Muzium DiRaja)
No comments
Post a Comment