keikhlasan adalah rencah utama

April 19, 2018

MASAK MASAK: Resepi Daging masak lada hitam istimewa







Resipi daging lada hitam (black pepper)  ini adalah resipi cuba-cuba tanpa mendapat tunjuk ajar atau perkongsian daripada orang lain. Hasilnya amat memuaskan dan sudah habis sepinggan! Ia tidak mengambil masa yang lama dan agak mudah. Cubalah kerana resepi (resep) ini ada kelainan daripada resipi-resipi (masakan) yang lain.


Apa menu nak masak hari ni? Apa nak buat time kena lock kat umah?

Masaklah resepi ini.

Bahan bahan

1/2 kg daging
1/2 biji lada benggala merah
1/2 biji lada benggala kuning
1/2 biji lada benggala hijau
1 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
3 sudu teh lada hitam kisar
3 sudu teh sos cili
3 sudu teh kicap lemak manis
garam secukup rasa
1 senduk minyak zaitun


Cara cara

Potong daging tidak terlalu nipis dan tidak terlalu tebal.

Potong kesemua lada benggala kecil-kecil.

Hiris bawang putih dan bawang merah halus-halus.

Potong bawang besar dan hiris.

Gaul lada hitam, sos cili dan kicap lemak manis.

Masukkan minyak zaitun ke dalam kuali dan panaskan.

Bila sudah panas, masukkan bawang merah dan bawang putih. Tumis sehingga naik bau dan layu.

Masukkan campuran lada hitam, sos cili dan kicap lemak manis.

Tumis seketika dan masukkan daging. Gaul rata dan tutup. Letakkan sesuatu yang berat di atas penutup seperti lesung batu. Ia adalah ala-ala periuk tekanan (pressure cooker) untuk melembutkan daging. Biar sebegitu dalam agak-agak 5 min dan buka. Kacau dan tutup seperti tadi semula. Biar lagi seketika.

Buka penutup dan masukkan lada benggala (capsicum). Gaul rata dan tutup semula. Biar lagi dalam 3-5 minit.

Buka penutup dan masukkan bawang besar dan garam. Gaul rata dan sehingga bawang besar agak layu barulah tutup api.


Nota:

1) sedap walau dimakan begitu saja. Boleh juga dimakan dengan nasi atau roti.

2) Lada benggala yang berwarna warni adalah sekadar penarik. Boleh saja  hanya satu warna.

banyak juga resepi yang divideokan dalam channel youtube 'moh kite'.




www.mohkite.com
keihlasan adalah rencah utama

*jadilah rakyat Malaysia yang baik. Pastikan duduk di rumah (stay @ home) dan mematuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) atau Movement Controlled Order (MCO) daripada kerajaan untuk memastikan Corona virus atau COVID-19 tidak terus merebak. Angka kematian amat tinggi di negara-negara seperti United States of America (USA), China dan Italy. Berikan kerjasama agar angka kematian tidak terus meningkat di Malaysia. Banyak berzikir, beristighfar dan berdoa agar Malaysia dan seluruh dunia terselamat daripada wabak ini dan tak perlu lockdown.Bersihkan tangan selalu dengan sanitizer ataupun dengan air dan sabun. Pakailah penutup muka atau face mask selalu terutama bila keluar berhadapan dengan orang lain. Semoga vaksin atau ubat segera ditemui. Setiap penyakit ada ubatnya kecuali mati. Allah Maha Penyembuh.Kerajaan dah bagi penjimatan dan penangguhan banyak perkara seperti yang dicontohkan oleh Perdana Menteri Muhyiddin Yassin kepada Makcik Kiah penjual goreng pisang golongan B40. Artis juga perlukan bantuan prihatin BPN atau bantuan sara hidup BSH melalui LHDN kerana tiada golongan akan terpinggir. Janganlah terlalu mengecam vivy. KWSP (EPF) pun boleh dikeluarkan melalui kaedah i-lestari. Biarlah barisan hadapan (frontliners) melakukan kerja mereka dan semoga Allah merahmati mereka.Tak perlu jumpa sesiapa. Gunalah video call atau zoom meeting app kalau perlu sangat nak tengok muka. Telco Celcom, Digi, Maxis, UMobile dan XOX pun dah bagi 1GB free setiap hari. Walaupun harga minyak (oil price) RON95 dan RON97 turun, duduk ajelah di rumah. Jangan sampai kita jadi macam dalam cerita zombie ataupun Train to Busan.
SHARE:

No comments

Post a Comment

Blogger Template Created by pipdig