keikhlasan adalah rencah utama

May 20, 2018

Resepi Acar ikan masin


Biasanya ikan masin hanya digoreng dan dimakan dengan nasi begitu sahaja. Kelainan masakan mungkin dapat menambah selera makan. Contohnya ikan masin yang dimasak lemak cili api bersama nenas dan acar ikan masin. Ikan masin juga sedap digoreng bersama nasi. Resepi (resep) ikan masin ini pasti menambah dan menambat selera tidak kiralah makan pagi, tengahari, malam, berbuka puasa (iftar) dan juga sahur.

Moh kite masak!

Bahan bahan

250g ikan talang masin (isi sahaja)
7 biji bawang merah
7 ulas bawang putih
10 tangkai cili kering
1 biji bawang besar
1 inci halia X2
2 sudu cuka epal
3 sudu serbuk jintan manis
gula secukup rasa
garam secukup rasa
minyak masak


Cara cara

Bersihkan ikan talang dan basuh.

Potong ikan talang kecil-kecil kira kira 1 inci.

Goreng sehingga garing.

Potong cili kering kecil-kecil, basuh dan rebus sehingga mendidih.

Buang kulit bawang besar dan halia. Basuh kedua-duanya.

Kisar cili kering bersama bawang besar dan halia (X1).

Belah dua bawang putih dan bawang merah.

Potong kecil dan nipis halia (X1).

Tumis bawang putih, bawang merah dan halia sehingga naik bau.

Masukkan bahan kisaran dan masak sehingga pecah minyak dengan api kecil.

Masukkan cuka epal, jintan manis, garam dan gula.

Masukkan ikan masin. Gaul rata dan masak sehingga sebati.

Tutup api dan sedia untuk dihidang.

Nota:

Sedap dimakan dengan nasi panas.

Untuk lebih resepi dan informasi, layarilah
atau tontoni youtube
Keikhlasan adalah rencah utama

SHARE:

No comments

Post a Comment

Blogger Template Created by pipdig