keikhlasan adalah rencah utama

May 12, 2018

Resepi Rendang pedas ayam








Terdapat pelabagai jenis resepi (resep) atau masakan rendang. Jadi, cara memasaknya mungkin juga banyak perbezaannya. Ada yang menggemari rendang ayam dan ada pula yang lebih gemar rendang daging. Malah, ada juga yang menggemari rendang kerang. Cuma rendang daging kambing jarang didengar atau dibuat. Saya sendiri belum pernah merasainya. Saya pernah merasai landak masak rendang pedas banjar. Ianya sangat sedap. Rendang itu sendiri pun sangat sedap. Sehinggakan saya ingin mempelajari cara masakan rendang banjar itu.  Rendang sinonim dengan perayaan umat Islam samada Hari Raya Aidil Fitri ataupun Hari Raya Aidil Adha. Pasangan utamanya pula adalah masakan yang berasaskan pulut. Tidak kisahlah lemang, ketupat palas atau pulut kuning. Boleh juga dimakan dengan ketupat nasi, nasi ataupun roti.

Moh kite masak!

Bahan bahan

1 ekor ayam
21 tangkai cili kering
1 biji bawang besar
3 inci halia
5 batang serai
2 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup
1 helai daun kunyit
1/2 kg santan pekat
1 sudu kerisik
2 cawan air
garam secukup rasa.

Cara cara

Bersihkan ayam.

Potong cili kering pendek pendek, basuh dan rebus seketika sehingga mendidih. Tutup api dan toskan.

Buang kulit bawang besar, halia, kunyit hidup dan lengkuas. Potong sekadar untuk memudahkan kerja mengisar.

Buang daun serai. Ambil kira kira 3 inci sahaja serai itu daripada pangkalnya. Potong sekadar untuk memudahkan kerja mengisar.

Masukkan cili kering, bawang besar, halia, kunyit hidup, lengkuas, serai, kerisik, santan dan air ke dalam pengisar. Kisar sehingga halus.

Masukkan ayam yang telah dibersihkan ke dalam kuali.

Masukkan semua bahan yang telah dikisar ke dalam kuali. Gaul rata bersama ayam.

Pasangkan api dan masak sehingga kuah pekat. Kacau sekali sekala.

Masukkan garam secukup rasa.

Basuh daun kunyit dan rincik halus halus. Masukkan ke dalam kuali dan gaul rata.

Biarkan seketika dan kacau sekali  sekali. Ini bagi memastika aroma daun kunyit masuk ke dalam kuah.

Tutup api dan sedia dihidang.


Untuk lebih resepi dan informasi, layarilah
atau tontoni youtube
Keikhlasan adalah rencah utama
SHARE:

No comments

Post a Comment

Blogger Template Created by pipdig