keikhlasan adalah rencah utama

May 14, 2018

Resepi Laksa Utara




Salah satu makanan yang digemari oleh rakyat Malaysia adalah laksa. Terdapat pelbagai jenis laksa di Malaysia walaupun namanya mungkin seolah-olah jauh di seberang sana. Antara laksa yang terkenal adalah laksa utara, laksa Johor, laksa Sarawak, asam laksa dan laksa Singapore. Laksa utara sendiri terdapat pelbagai kelainan. Antaranya laksa Penang, laksa Kuale (Kuala Kangsar, Kuala Kedah & Kuala Perlis) dan Laksa Kedah. Kebanyakan laksa menggunakan ikan sebagai bahan utamanya. Ikan yang digunakan pula adalah pelbagai bergantung kepada yang memasaknnya. Antara ikan-ikan yang digunakan ialah ikan sardin, ikan tomgkol (kayu), ikan parang dan ikan belut. Satu perkara yang menjadi kemusykilan adalah benarkah laksa pasangannya cendol? Cubalah resepi (resep) masakan ini.


Moh kite masak!


Bahan bahan kuah

1 kg ikan sardin
21 tangkai cili kering
14 keping asam keping
3 kuntum bunga kantan
15 helai daun kesom
Sedikit belacan
Garam secukup rasa
Air untuk merebus ikan

Bahan bahan lain

1 bungkus laksa
! biji bawang besar
5 biji cili api
2 helai daun salad
1 biji timun

Cara cara

Bersihkan ikan sardin dan rebus bersama 7 keping asam keping sehingga isi ikan tertanggal daripada tulang. Air rebusan mestilah tidak terlalu banyak dan tidak terlalu sedikit. Cukup sekadar menenggelamkan semua ikan.

Tapis ikan dengan penapis dan airnya dibiar mengalir kdalam besen/ periuk lain.Jangan buang air rebusan. Sejukkan ikan dan air rebusan.

Potong cili kering pendek pendek. Buang bijinya sebanya mungkin. Basuh dan rebus sehingga mendidih. Toskan dan basuh. Kisar sehingga halus.

Asingkan isi ikan dengan tulang, Seboleh-bolehnya memang tiada tulang langsung, hanya isi ikan. Isi ikan di ramas  bagi memastikan tulang tulang ikan dapat diasingkan sebaik mungkin. Tulang ikan diasingkan tetapi jangan dibuang. Asam keping yg direbus tadi juga jangan dibuang.

Kisar isi ikan bersama asam keping (yang direbus tadi) seehalus mungkin bersama air rebusan ikan tadi, Masukkan ke dalam periuk hasil kisaran itu. Ulang jika masih ada isi ikan dengan menggunakan air rebusan yang berlebihan dan tuang ke dalam periuk.

Kisar tulang ikan sehalus mungkin menggunakan air rebusan ikan. Gunakan penapis dan tuang hasil kisaran ke dalam pernapis di atas periuk. Ini adalah untuk memastiikan tulang ikan tidak masuk ke dalam periuk.

Jika hasil kisaran (di dalam penapis) masih kelihatan pekat, ambil dan kisara semula. jika ada lagi air rebusan tadi, gunakan ia. Jika tiada, tambah sedikit air sekadar untuk mengisar.

Tuang ke dalam penapis di atas periuk Buang tulang di atas penapis.

Jika ada lagi air rebusan ikan, masukkan kesemuanya ke dalam periuk.

Masukkan cili kisar ke dalam periuk.

Potong bunga kantan dan ambil bunganya sahaja. Belah empat bunga kantan tersebut dan masukkan ke dalam periuk.

Masukkan garam, belacan dan 7 keping asam keping. Nayalakan api dan kacau sehingga mendidih.

Masukkan dauun kesom.

Rasa masakan anda. Jika sudah agak masam, buang sebahagian asam keping kerana asam keping berbeza beza tahap kemasamannya. Jika kurang masam tidak mengapa, kerana anda boleh memerah limau ketika menikmatinya nanti.

Jika hendak lebih pekat, biarkan lebih lama dia atas api.

Laksa pula bergantung pada jenis yg dibeli. JIka perlu dicelur, celurlah. Jika boleh terus di gunakan, teruskanlah.

Potong bawang, cili api, timun dan daun salad kecil kecil atau halus halus.

Masukkan laksa ke dalam mangkuk, tuangkan kuah dan taburkan bawang, cili padi, timun dan daun salad.

Laksa anda sudah siap. Nikmatilah.



Nota:

1) Ikan sardin yang bersaiz kecil lebih sedap dibuat kuah kerana ia lebih manis.

2) Guna air secukupya sahaja untuk mendapat kuah yang terus pekat tanpa perlu memasak terlalu lama atau memanaskannya berulang-ulang.

2) Daun salad boleh diganti dengan daun salom atau daun gajus.

3) Telur rebus terutama bahagian kuningnya dapat menambahkan kepekatan kuah dan menyedapkannya. Ada juga yang gemar memakan laksa dengan telur goreng (telur sarang)

4) Ada juga menggemari kuah laksa dimakan dengan bihun goreng.
.
Untuk lebih resepi dan informasi, layarilah
atau tontoni youtube
Keikhlasan adalah rencah utama
SHARE:

No comments

Post a Comment

Blogger Template Created by pipdig