Kerabu adalah salah satu makanan popular di Malaysia terutamanya di Pantai Timur. Ia adalah campuran makanan yang mendatangkan rasa sedap. Nasi kerabu adalah campuran nasi dengan pelbagai ulaman dan lauk. Terdapat pelbagai jenis kerabu, resepi (resep) dan cara menyediakannya. Ada yang perlu dimasak dan ada yang tidak perlu.Kerabu daging adalah salah satu jenis kerabu kesukaaan saya. Ianya campuran rasa masam dan pedas serta keunikan rasa serai bersama bunga kantan. Ianya segar dan pastinya sedap.
moh kite masak!
Bahan bahan
300g daging
5 kelopak bunga kantan
1 biji bawang holland
1 biji tomato
1 batang serai
7 biji cili api (cabe rawit)
3 biji limau nipis
5 helai daun limau purut
1/2 batang kacang panjang
Garam secukup rasa
Cara cara
Bersihkan daging, potong kecil kecil dan rebus sehingga lembut.
Tapis daging dan alirkan air rebusan ke dalam bekas lain.
Basuh serai dan hiris serai halus-halus.
Basuh dan rincik daun limau purut halus-halus.
Basuh dan rincik kelopak bunga kantan halus-halus.
Buang kulit bawang, basuh dan potong bawang kecil kecil.
Basuh tomato dan potong kecil kecil.
Basuh cili api dan potong kecil-kecil.
Basuh dan potong kacang panjang kecil-kecil.
Masukkan daging ke dalam periuk.
Masukkan sedikit air rebusan daging tadi kira kira 1/2 cawan,
Masukkan serai, daun limau purut, cili api dan kacang panjang.
Potong dan perah limau nipis kedalam periuk.
Masukkan garam dan pasang api. Biarkan seketika sehingga mendidih.
Tuang ke dalam mangkuk.
Masukkan tomato, bunga kantan dan bawang. Gaul sekata.
Hidangkan.
Nota:
Tanpa daun limau purut akan terasa sesuatu yang tidak kena pada kerabu ini.
Untuk lebih resepi dan informasi, layarilah
atau tontoni youtube
Keikhlasan adalah rencah utama
No comments
Post a Comment